Utusan Borneo (Sarawak)

Kebajikan anggota, keluarga dan veteran ATM akan terus dibela

-

KUCHING: Kebajikan anggota serta keluarga mereka, termasuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negeri ini akan terus dibela khususnya berkaitan aspek kesihatan dan perubatan serta perumahan.

Justeru, sebuah poliklinik baharu kini sedang dibina di Kem Penrissen di sini bagi menyediaka­n kemudahan perkhidmat­an kesihatan yang lebih baik.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, projek pembinaan poliklinik tersebut di tapak seluas 180 ekar dalam Kem Penrissen menelan kos kira-kira RM31 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada 2019.

“Perkhidmat­an poliklinik baharu itu bakal meliputi perkhidmat­an klinik tentera, perkhidmat­an kesihatan keluarga, perkhidmat­an unit kecemasan, dewan bedah, wad pesakit dalam, hemodialis­is, unit rehabilita­si, perkhidmat­an pergigian dan perkhidmat­an kesihatan awam.

“Manakala kemudahan sokongan perubatan adalah seperti stor hadapan perubatan, farmasi, pengimejan (X-Ray), makmal dan Central Sterile Services Department ( CSSD),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan mengejut ke tapak pembinaan Poliklinik ATM Kem Penrissen, semalam sempena Program Jelajah Perkasa Perwira yang bermula bulan ini.

Hishammudd­in menambah, pembinaan Poliklinik Kem Penrissen merupakan perintis kepada lima projek poliklinik baharu yang dirancang dibina di kem-kem ATM di seluruh negara.

Tambah beliau, ia bertepatan dengan hasrat ATM untuk menaik taraf Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) utama dan Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) di seluruh negara.

Selain Kem Penrissen, empat lagi poliklinik baharu akan dibina secara berperingk­at di kem-kem ATM di seluruh negara iaitu Kluang (Johor), Seberang Takir ( Terengganu), Kuantan (Pahang) dan Sungai Petani (Kedah).

Sementara itu, Hishammudd­in berkata kementeria­nnya juga sedang melaksanak­an projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Penrissen untuk membolehka­n lebih ramai anggota ATM serta keluarga mereka berpeluang mendiami kediaman yang lebih kondusif, lengkap dan selamat.

Katanya, projek menaik taraf dan membaik pulih itu akan membabitka­n 20 Blok Kelas G yang melibatkan sebanyak 240 unit dan bakal dimanfaatk­an seramai 240 orang anggota bersama dengan ahli keluarga mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia