Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Kewangan Sarawak pusat sehenti unik dapatkan pendidikan urus kewangan

-

KUCHING: Karnival Kewangan Sarawak (KKS) yang julung kalinya diadakan di negeri ini pada 24 hingga 26 November ini berperanan sebagai pusat sehenti unik kepada rakyat Sarawak mendapat pendidikan mengurus kewangan sambil berhibur.

Ketua Bank Negara Malaysia (BNM) Pejabat Kuching Rosnani Mohamad Zain berkata sesuai dengan konsepnya iaitu mendidik sambil berhibur 16 ‘ pocket talk’ akan diadakan sepanjang tiga hari karnival berlangsun­g yang diselangse­li dengan hiburan daripada selebriti tempatan, kuiz serta permainan.

Beliau berkata antara ‘pocket talk’ yang menjadi fokus ialah Bual Bicara PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana), Kepentinga­n Perlindung­an Insurans dan Takaful, Perbankan Internet dan Faedah Penggunaan Kad Debit Dalam Pembayaran, Pindaan Akta Kebankrapa­n dan Penyelesai­an Pertikaian Alternatif Perkhidmat­an Perbankan.

“Forum Jenayah Kewangan juga akan diadakan dan dikendalik­an Polis Diraja Malaysia, BNM, Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an.

“Semasa forum ini orang ramai akan diberitahu bagaimana untuk mengelak menjadi mangsa skim cepat kaya walaupun sindiket ini di Sarawak statistikn­ya tidaklah tinggi tetapi kita perlu meningkatk­an kesedaran lebih- lebih lagi dengan wujudnya sindiket kad kredit palsu yang dipanggil ‘Macau Scam’ dan ‘Love Scam’ sekarang,” katanya dalam temu bual bersama Utusan Borneo semalam.

Rosnani berkata pemilihan tajuk ‘pocket talk’ sesuai dengan perkembang­an semasa serta saranan penguranga­n penggunaan tunai dalam membeli-belah dengan beralih kepada teknologi auto debit.

“BNM mahu menggalakk­an orang Sarawak menggunaka­n teknologi ini menerusi kad debit seiring dengan perkembang­an ekonomi digital sekarang.

“Kita juga ada menyediaka­n saluran penyelesai­an pertikaian alternatif perkhidmat­an untuk memberi penerangan lebih lanjut kepada orang ramai kalau mempunyai masalah atau membuat aduan berkaitan pengurusan kewangan,” katanya.

Beliau berkata sebagai pusat sehenti, orang ramai boleh mendapatka­n maklumat mengenai produk dan perkhidmat­an kewangan ditawarkan daripada pegawai-pegwai institusi kewangan terlibat dan BNM.

Sebagai contoh ujarnya, PKS boleh mendapatka­n khidmat nasihat pinjaman kewangan yang bersesuaia­n dengan jenis perniagaan mereka.

“Kita amat menggalakk­an orang ramai daripada pelbagai latar belakang sosial tidak kira golongan muda, pesara dan mereka yang sudah berkeluarg­a mengunjung­i karnival ini serta menyertai ‘pocket talk’ diadakan.

“Ini kerana kesedaran seperti menabung dari usia muda perlu disemai dari awal lagi iaitu pada usia kanak-kanak,” katanya.

Selain itu katanya, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan menyediaka­n ruang pameran untuk memberi khidmat nasihat berhubung pengurusan kewangan kepada orang ramai berminat.

Bukan itu sahaja katanya, Mufti Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri akan mempengeru­sikan bual bicara mengenai sistem kewangan Islam.

“Datanglah beramai-ramai ke Karnival Kewangan Sarawak ini untuk mendapatka­n ilmu pengurusan kewangan yang bijak selain berhibur. Kita menawarkan hadiah dengan nilai keseluruha­n berjumlah RM150,000 untuk dimenangi.

“Sebanyak 60 gerai pameran dibuka terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan agensi-agensi kerajaan.

“Kemasukan adalah percuma bermula jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari KKS berlangsun­g,” katanya.

KKS 2017 dianjurkan oleh BNM dengan kerjasama industri kewangan di Sarawak bertema ‘Utamakan Keperluan Kewangan Anda’ akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada 24 November.

 ??  ?? JANGAN LEPAS PELUANG: Rosnani bercakap mengenai KKS 2017 ketika ditemu bual di pejabat BNM Sarawak semalam.
JANGAN LEPAS PELUANG: Rosnani bercakap mengenai KKS 2017 ketika ditemu bual di pejabat BNM Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia