Utusan Borneo (Sarawak)

SACOFA, PT SSU jalin MoU guna kabel gentian optik bawah laut

-

KUCHING: Syarikat infrastruk­tur teknologi maklumat dan komunikasi yang ditugaskan untuk mencapai sasaran liputan telekomuni­kasi dan jalur lebar negeri, SACOFA Sdn Bhd (SACOFA) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan pakar telekomuni­kasi Indonesia, PT Super Sistem Ultima (PT SSU) pada Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), semalam.

MoU itu adalah bagi menjalin kerjasama dalam penggu- naan kabel gentian optik bawah laut yang menghubung­kan Malaysia Timur dengan Semenanjun­g Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Sambungan itu dijangka dapat meningkatk­an pengalaman jalur lebar terutama bagi rakyat Brunei, Malaysia Timur dan Indonesia di kawasan Riau dan Kalimantan, yang akan mempunyai akses kepada kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi.

Ia dijangka akan menjadi sangat kondusif untuk pelak- sanaan perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­n tinggi di Sarawak dan di tempat lain di rantau ini dengan merentasi Pulau Borneo dan seterusnya.

Ini selaras dengan visi SACOFA untuk meningkatk­an hubungan dan merapatkan jurang digital antara rantau, komuniti, kaya dan miskin serta bandar dan luar bandar.

Bagi mencapai objektif ini, SACOFA melibatkan rakan kongsi antarabang­sa baharu, melabur modal tambahan untuk meletakkan kabel pemasangan kabel, mendirikan menara baharu dan menyediaka­n sokongan tambahan infrastruk­tur.

Pada majlis menandatan­gani MoU di WIEF, Pengarah Urusan SACOFA Zaid Zaini berkata, usaha sama itu memberi manfaat tinggi bukan hanya untuk Sarawak tetapi untuk seluruh Borneo kerana rangkaian kabel bawah laut akan memberi sambungan bertaraf dunia ke Asia dan seluruh dunia, terutama Singapura dan Indonesia.

“Pendek kata, ini menguntung­kan penduduk Sarawak dan Indonesia di kawasan Riau dan Kalimantan apabila akan menikmati pengalaman jalur lebar lebih baik pada harga yang berpatutan.

“Rangsangan ini dalam hubungan Internet, ditambah dengan kuasa elektrik hidro yang banyak, akan mening- katkan prospek Sarawak dalam menarik pusat data, yang merupakan sebahagian daripada wawasan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk mengubah Sarawak ke arah ekonomi digital,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Zaid turut menekankan bahawa di peringkat persekutua­n, pusat data adalah tumpuan Projek Permulaan 3 Perkhidmat­an Perniagaan - Kawasan Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah Program Transforma­si Ekonomi (ETP).

“Dengan laluan yang lebih pelbagai dan sambungan Internet lebih cepat dari kabel bawah laut dan melalui kuasa hidroelekt­rik yang ada, Sarawak berpotensi besar untuk menyumbang kepada matlamat kerajaan persekutua­n untuk menjadikan Malaysia hab pusat data,” tambah Zaid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia