Utusan Borneo (Sarawak)

Tender projek bernilai RM84 juta ini akan dibuka oleh JKR selepas kajian terperinci itu selesai, kata Penguang

- Oleh Sudang Ajang

MIRI: Cadangan projek pembinaan Jambatan Marudi merentasi Sungai Baram dari Kuala Ridan ke Jalan Miri-Marudi bernilai RM84 juta masih diteliti.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata tender akan dibuka oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas kajian terperinci itu selesai.

Penguang berkata, projek itu merupakan satu daripada tiga projek utama diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dalam kajian separuh penggal sebelum ini.

Katanya, dua lagi projek iaitu pembinaan tembok penghadang di Sungai Baram berhadapan Kubu Hose sepanjang 168 meter dan pembinaan Tebingan Baram atau Baram Waterfront.

“Projek Tebingan Baram dikendalik­an JKR bermula di dermaga kerajaan ke terminal Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sepanjang 300 meter meliputi keluasan 7.6 ekar Dataran Esplanade Pekan Marudi.

“Projek itu dijangka bermula penghujung 2018 kerana banyak kerja terperinci perlu dilakukan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Bersama Setiausaha-Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sarawak di sini semalam.

Pada mesyuarat itu, beliau turut diberi taklimat oleh JKR, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Tanah dan Survey serta agensiagen­si berkaitan.

Penguang berkata, projek menaik taraf Kubu Hose dan Tebingan Baram bernilai RM3.5 juta itu menampilka­n reka bentuk kepelbagai­an masyarakat di Baram termasuk Iban, Melayu, Cina dan Orang Ulu.

Mengenai projek pembinaan tembok penghadang, beliau berkata tender akan diberikan pada Disember tahun ini sebelum kerja-kerja bermula pada 2018.

“Keseluruha­nnya saya berpuas hati dengan kelancaran semua projek,” katanya.

Projek Tebingan Baram dikendalik­an JKR bermula di dermaga kerajaan ke terminal Lembaga SungaiSung­ai Sarawak sepanjang 300 meter meliputi keluasan 7.6 ekar Dataran Esplanade Pekan Marudi. Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Mussen bersama Dr Rayong, Nyalau, Abang Shamsudin, Azman, Zulkifli, Richard, Brin, Bujang, penghulu, kaunselor bergambar bersama agensi kerajaan serta peserta simulasi banjir di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa, Skim Skrang semalam.
UNTUK ALBUM: Mussen bersama Dr Rayong, Nyalau, Abang Shamsudin, Azman, Zulkifli, Richard, Brin, Bujang, penghulu, kaunselor bergambar bersama agensi kerajaan serta peserta simulasi banjir di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa, Skim Skrang semalam.
 ??  ?? PUAS HATI: Penguang menunjukka­n lakaran cadangan pembinaan Tebingan Baram selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Bersama Setiausaha-Setiausaha PBT Sarawak di Miri semalam.
PUAS HATI: Penguang menunjukka­n lakaran cadangan pembinaan Tebingan Baram selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Bersama Setiausaha-Setiausaha PBT Sarawak di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia