Utusan Borneo (Sarawak)

Hasutan: Pemuda SUPP buat laporan polis terhadap Shafie Apdal

-

KUCHING: Pemuda Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) semalam telah membuat laporan polis terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Kota Kinabalu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di bawah Akta Hasutan di Balai Polis One Stop Centre, Simpang Tiga di sini.

Pengerusi Pemuda Pusat SUPP Tan Kai berkata Shafie dengan sengaja menyatakan kepimpinan Barisan Nasional ( BN) harus membiarkan orang Kristian di Sabah dan Sarawak menggunaka­n perkataan Allah dalam kepercayaa­n masing-masing dan jangan disalah tafsir untuk menjejaska­n umat Islam.

“Ini adalah ucapan berbaur hasutan kerana kerajaan persekutua­n telah membenarka­n Sabah dan Sarawak menggunaka­n perkataan Allah,” katanya yang mana kenyataan tersebut telah dimuat naik dalam satu portal berita tiga hari lalu.

Beliau yang juga merupakan setiausaha politik Ketua Menteri menyeru pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap Shafie kerana cuba mencetuska­n sentimen yang kurang menyenangk­an hanya kerana terdapat ramai kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak beragama Kristian.

Tan Kai menegaskan bahawa pemimpin politik tidak seharusnya menggunaka­n agama untuk membangkit­kan perpecahan di kalangan rakyat.

Tambahan pula, Sarawak adalah sebuah negeri yang aman dan damai dengan semua agama dan bangsa hidup bersama.

Oleh yang demikian, tindakan tidak masuk akal itu harus dihentikan dan tindakan terhadap Shafie perlu diambil secepat mungkin.

Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang dan ahli daripada cawangan lain di sini iaitu Milton Foo, Leonard Tan dan Mok Chuan Ping turut menyertai Tan Kai membuat laporan polis semalam.

 ??  ?? PROTES: Tan Kai (dua kanan) menunjukka­n laporan polis yang telah dibuat terhadap Shafie di hadapan Balai Polis One Stop Centre, Simpang Tiga, Kuching semalam.
PROTES: Tan Kai (dua kanan) menunjukka­n laporan polis yang telah dibuat terhadap Shafie di hadapan Balai Polis One Stop Centre, Simpang Tiga, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia