Utusan Borneo (Sarawak)

FELCRA keluar produk makanan tambahan kesihatan tahun depan

-

KUCHING: FELCRA Berhad (FELCRA) menyasar untuk mengeluark­an satu produk makanan tambahan kesihatan menjelang pertengaha­n tahun depan.

Perkara itu ditegaskan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Datuk Zulkarnain Md Eusope yang memberitah­u, produk makanan tambahan itu hasil Memorandum Persefaham­an (MoU) antara FELCRA dan Algaetch Internatio­nal Sdn Bhd menerusi kajian teknologi algae.

Menerusi MoU itu, beliau berkata FELCRA sedang mengkaji cadangan menceburi sektor pertanian bioorganik berasaskan produk rumpai air secara komersil dengan menggunaka­n teknologi tinggi.

Namun jelasnya, ia memerlukan tempoh sekurangku­rangnya setahun bagi membuat kajian terperinci dariPADA pelbagai aspek berkaitan dengan industri rumpai air secara komersil.

“Kami akan membentuk jawatankua­sa teknikal mengenai perkara ini bertujuan memperhalu­si pelbagai perkara terutama daripada aspek kaedah ternakan rumpai air, pemerosesa­n produk untuk dijadikan biofuel dan produk kesihatan serta strategik pemasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pertukaran Dokumen MoU yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini semalam.

Turut menyaksika­n majlis itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam.

Pasa sama sama Zulkarnian memberitah­u, MoU itu membabitka­n kerjasama dalam beberapa bidang termasuk pengkormer­silan produk air.

Menurutnya, kerjasama itu meliputi bidang kajian pembanguna­n dan pengkomers­i- lan hasil buangan sawit menggunaka­n teknologi rumpai air (algae), membangunk­an perniagaan pengeluara­n rumpai air secara berskala besar sejajar dengan peranan FELCRA yang mendapat pengiktira­fan kerajaan menjadi peneraju utama industri Gedung Makanan Negara.

Selain itu, beliau berkata ia turut memberi fokus kepada pembanguna­n taman rumpai air di Seberang Perak, pembanguna­n bahan tambahan dan makanan untuk ternakan dan akuakultur serta pengeluara­n rumpai air dan akuakultur.

Beliau menyifatka­n majlis pertukaran MoU membuktika­n komitmen FELCRA ke arah merealisas­ikan agenda Gedung Makanan Negara dengan menceburi bidang baharu lebih strategik, termasuk menceburi industri rumpai air secara komersil.

Pada majlis itu, Zulkarnain telah bertukar dokumen MoU dengan Ketua Pegawai Eksekutif Algaetech Internatio­nal Sdn Bhd Datuk Paduka Syed Isa Syed Alwi.

 ??  ?? SERAH: Najib ditemani Awang Tengah dan Musa menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara FELCRA yang diwakili Zulkarnian dan Algaetech diwakili Syed Isa.
SERAH: Najib ditemani Awang Tengah dan Musa menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara FELCRA yang diwakili Zulkarnian dan Algaetech diwakili Syed Isa.
 ??  ?? ANUGERAH HALAL: Hafsah (tengah) merakam kenangan selepas mengadakan sidang media Anugerah Halal Antarabang­sa sempena WIEF Ke-13 di BCCK, Kuching, semalam.
ANUGERAH HALAL: Hafsah (tengah) merakam kenangan selepas mengadakan sidang media Anugerah Halal Antarabang­sa sempena WIEF Ke-13 di BCCK, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia