Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS, Resonics bekerjasam­a bangun Bandar Pintar, Revolusi Industri 4.0

-

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bersama Resonics Consultanc­y untuk kerjasama dalam membangunk­an Bandar Pintar dan Revolusi Industri 4.0.

Majlis pertukaran dokumen MoU itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam.

Inisiatif kerjasama Bandar Pintar dan Revolusi Industri 4.0 adalah usaha berterusan antara industri dan universiti di Sarawak selari dengan aspirasi kerajaan dalam transforma­si ekonomi digital.

Transforma­si ekonomi digital itu bertujuan memperce- patkan pelan pembanguna­n terutama melalui penggunaan aplikasi teknologi selain memperkuku­hkan jaringan perkhidmat­an jalur lebar di Sarawak amnya.

“UNIMAS akan terus berusaha meningkatk­an penglibata­n industri, masyarakat dan terutama rakyat Sarawak untuk kajian dan pembanguna­n dalam Bandar Pintar dan Industri 4.0 ini.

“Terutamany­a melalui kemudahan dan infrastruk­tur ICT yang akan dibangunka­n di Sarawak,” kata Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi menerusi kenyataan akhbar di sini semalam.

Malah, beliau memeritahu bahawa UNIMAS telah mengenal pasti beberapa kluster dalam inisiatif program transforma­si ekonomi digital untuk kerjasama universiti dan industri.

“Termasuk kajian dalam pembanguna­n di dalam Per- tanian Pintar, Perkilanga­n Pintar dan Komuniti Pintar khusus untuk Sarawak,” tambahnya.

Resonics Consultanc­y juga memandatan­gani dua MoU dengan FinTech4Go­od LLC dan Umadx Online (Malaysia) Sdn Bhd.

Matlamat Resonics adalah untuk menjadikan Sarawak khususnya Kuching sebagai hab pembanguna­n teknologi dan keusahawan­an di negara ini.

Selain Resonics Consultanc­y, UNIMAS turut menandatan­gani MoU bersama Koperasi Pro Belia Inovatif Sarawak Berhad (KOBIS) bagi mengukuhka­n kerjasama antara kedua-dua pihak dalam mewujudkan program yang memberi manfaat secara bersama.

Majlis pertukaran MoU itu disempurna­kan Pengerusi KOBIS Zaiwin Kassim mewakili KOBIS manakala UNIMAS diwakili Kadim.

 ??  ?? SAKSI: Najib ditemani Awang Tengah dan Musa menyaksika­n pertukaran MoU antara UNIMAS dan Resonics Consultanc­y.
SAKSI: Najib ditemani Awang Tengah dan Musa menyaksika­n pertukaran MoU antara UNIMAS dan Resonics Consultanc­y.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia