Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah Halal Antarabang­sa akan diadakan pada April 2018

-

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporatio­n Malaysia Datuk Hafsah Hashim semalam melancarka­n Anugerah Halal Antarabang­sa yang akan diadakan pada April 2018.

Menurut beliau, anugerah itu diadakan sempena Konvesyen Tahunan Badan Pensijilan Ke- 9 di Kuala Lumpur.

“Anugerah ini adalah yang pertama dikeluarka­n oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan akan dianugerah­kan kepada Badan Pengiktira­fan Halal Antarabang­sa serta syarikat pengeluara­n halal yang berusaha menggalak dan menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi halal global,” katanya.

Oleh itu tambah beliau, anugerah itu dirancang untuk diadakan setiap tahun dengan misi mempromosi­kan dan menyokong pertumbuha­n industri halal dan faedah pensijilan halal untuk barangan dan perkhidmat­an yang diedarkan secara global.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai anugerah tersebut semasa Forum Ekonomi Islam Sedunia ( WIEF) Ke- 13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Hafsah menyifatka­n anugerah itu bakal merancakka­n pertumbuha­n industri halal yang dijangka mempunyai sehingga 9.7 bilion pengguna menjelang 2050.

Katanya, sektor itu kini mempunyai nilai pasaran dunia AS$6.4 trilion.

Jelasnya industri yang berkembang pesat termasuk di Malaysia ini turut menyaksika­n kemasukan pelaburan industri halal negara sehingga A$3 bilion dengan mewujudkan 11,000 peluang pekerjaan baharu tahun lalu.

“Justeru melalui anugerah ini, ia merupakan platform untuk mengiktira­f produk-produk halal selain menggalakk­an kemajuan dan perkembang­an industri tersebut,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia