Utusan Borneo (Sarawak)

OUNA adakan kunjungan muhibah ke pejabat pengarah JPN Sarawak

-

MIRI: Sekumpulan delegasi Persatuan Kebangsaan Orang Ulu ( OUNA) diketuai Presidenny­a Datuk Abu Bakar Abdullah mengadakan kunjungan muhibah ke pejabat pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak di Kuching.

Kunjungan itu bertujuan memohon dokumen sijil kelahiran dan kad pengenalan untuk penduduk yang masih menghadapi masalah tanpa kewarganeg­araan khususnya kalangan penduduk luar bandar.

“OUNA faham bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu masalah orang tanpa kewarganeg­araan yang lahir di Sarawak ditangani.

“Ahmad Zahid menetapkan pada 1 Disember depan masalah mereka layak memiliki kad pengenalan dan sijil kelahiran diselesaik­an manakala masalah ketiadaan dokumen kalangan mereka yang lahir di Sarawak dijangka selesai September tahun depan.

“Sehubungan itu, kami ke Kuching agar JPN dapat mengambil tindakan selanjutny­a,” katanya dalam satu kenyaan di sini semalam.

Abu Bakar menambah, sebahagian daripada delegasi pernah memohon dokumen seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan namun masih menunggu kelulusan bertahun- tahun malah berkali- kali memohon sijil kelahiran namun belum berjaya.

Hadir sama Ketua Kampung Long Banga Gabriel Liran.

Beliau turut menunjukka­n dua sijil kelahiran Penan kepada pengarah JPN Sarawak.

“Dua orang kaum Penan ini tidak dapat menyertai rombongan kerana tidak mempunyai duit untuk ke Kuching dan pada masa ini mereka memegang sijil lahir bukan Malaysia,” jelasnya.

Abu Bakar berkata, sementara itu pengarah JPN Sarawak berjanji untuk meneliti permohonan itu dengan selanjutny­a.

 ??  ?? ABU BAKAR
ABU BAKAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia