Utusan Borneo (Sarawak)

Kini kewujudan maklumat berleluasa, tiada formula kekang gejala buruk kesan daripadany­a

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Semua pihak khasnya ibu bapa harus memainkan peranan bagi mengekang kesan negatif daripada salah guna teknologi.

Yang Dipertua Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak Omar Immun berkata, kini kewujudan maklumat tanpa sempadan melalui teknologi atau Internet semakin berleluasa namun tiada formula tepat mengekang gejala buruk kesan daripada kepesatan teknologi.

“Paling penting sejauh mana ibu bapa salurkan informasi kepada anak-anak tentang kebaikan dan positifnya penggunaan teknologi ini untuk menjadikan setiap kita cemerlang dalam nilai modal insan.

“Anak-anak tidak harus diberi kebebasan berleluasa bagi mengelak masalah sosial yang lebih kronik dan di sinilah peranan ibu bapa penting untuk selalu bersama anak selain membimbing mereka,” katanya kepada Utusan Bor-

Paling penting sejauh mana ibu bapa salurkan informasi kepada anakanak tentang kebaikan dan positifnya penggunaan teknologi ini untuk menjadikan setiap kita cemerlang dalam nilai modal insan. Omar Immun Yang Dipertua Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak

neo di sini, kelmarin.

Katanya ibu bapa tidak harus menyerahka­n tugas membimbing kepada pusat asuhan atau sekolah.

Jelas Omar yang juga Ketua Penerangan MAPIM Kebangsaan, ramai bising men- genai isu gajet merosakkan minda anak- anak dan ibu bapa seharusnya bertegas dengan anak-anak berhubung fungsi penggunaan­nya dan bukan sekadar memberi untuk dipakai.

“Ibu bapa harus memperbany­akkan pendekatan psikologi dan diplomasi dalam mendidik anak-anak.

“Ada ibu bapa tewas psikologi dengan anak-anak khususnya dalam teknologi,” kata beliau.

Omar berkata, paling penting ibu bapa wajib selalu dengan anak- anak seperti makan bersama, sembahyang bersama, berdoa bersama selain duduk bersama dengan anak-anak pada waktu pembelajar­an mereka. SIBU: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak diminta tidak membelakan­gkan isteri anggota tentera di kem tentera dalam setiap aktiviti dan program dianjurkan.

Panglima Sembilan Briged (9 Briged) Brigidier Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa berkata sehingga kini pihaknya sentiasa memberi sokongan terhadap program dianjurkan kementeria­n itu yang memberi banyak manfaat kepada masyarakat.

“Kita berharap kementeria­n itu dapat mendaftark­an nama isteri anggota tentera ‘pranita’ pada program berkaitan keke- luargaan atau wanita,” katanya pada Program Mega Wisma Wanita Training Centre Angkatan Tentera Malaysia (WWTC)@ ATM Kem RASCOM di sini, kelmarin.

Perasmian program itu disempurna­kan Menteri Keba- jikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

“Saya yakin program dua hari ini memberi manfaat besar kepada ahli-ahli BAKAT dan dapat dipraktikk­an sepenuhnya sebagai nilai tambah kepada isteri-isteri anggota tentera,” ujar beliau.

Dzulkafli berkata, isteriiste­ri anggota tentera di Kem RASCOM mempunyai program tersendiri bagi mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan mereka.

Katanya, ini termasuk lawatan kebajikan, pemeriksaa­n kesihatan, kelas memasak, ceramah agama dan aktiviti kemasyarak­atan.

 ??  ?? OMAR
OMAR
 ??  ?? DZULKAFLI
DZULKAFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia