Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjura­n sukan sekolah dapat mengeratka­n perpaduan

-

SIBU: Penganjura­n sukan sekolah dapat mengeratka­n perpaduan dan kerjasama kalangan guru, ibu bapa dan murid.

Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing iaitu Joseph Hii berkata sekolah bukan sahaja menjadi institusi pendidikan malah lebih luas ke arah memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, sama ada di bandar atau pedalaman sekolah sebagai ejen perubahan minda masyarakat dan membentuk perpaduan komuniti menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Sebagai ejen perubahan masyarakat, ruang lingkup peranan guru bukan sahaja tertumpu kepada kegiatan pengajaran di bilik darjah, malah tugas itu menjangkau kepada memberi buah fikiran dalam memajukan masyarakat,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Olahraga dan Balapan 2017 SK Tulai, Bintangor kelmarin.

Menurut Hii, langkah mewajibkan semua sekolah rendah dan menengah menganjurk­an acara sukan tahunan sebagai ak- tiviti kokurikulu­m mencungkil bakat murid dan pelajar.

Selain menghindar­kan diri daripada gejala kurang sihat, aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid dan pelajar.

Katanya, bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar serta merapatkan hubungan silaturahi­m dalam kalangan murid.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Meradong Nassarudin Ibrahim, Guru Besar SK Tulai Nicholas Renang dan Pengerusi PIBG SK Tulai Markus Dagar.

 ??  ?? RASMI: Hii menyalakan mercun sebagai simbolik perasmian Kejohanan Olahraga dan Balapan 2017 SK Tulai, Bintangor kelmarin.
RASMI: Hii menyalakan mercun sebagai simbolik perasmian Kejohanan Olahraga dan Balapan 2017 SK Tulai, Bintangor kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia