Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan gotong-royong perlu jadi budaya generasi muda

-

MIRI: Amalan gotong-royong perlu menjadi budaya dan diterapkan dalam diri generasi muda agar golongan itu mengenali erti kerja-kerja kemasyarak­atan.

Kaunselor Aries Leong berkata gotong-royong bukan hanya meningkatk­an kerjasama dan tolong-menolong tetapi kesedaran menjaga kebersihan alam sekitar.

“Apabila masyarakat menyedari kepentinga­n bergotongr­oyong membersihk­an alam sekitar maka ia dapat mengelakka­n penyakit berpunca daripada nyamuk,” katanya.

Aries berkata demikian ketika mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting pada Program Gotong-Royong Sekolah Agama Rakyat Miri (SARM) Sabtu lalu.

Program itu sempena Gerak Bakti Prihatin, Dinamik dan Mahir (Perdana) Anugerah Remaja Perdana (ARP) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri.

Menurutnya, bekerjasam­a antara satu sama lain lebih memudahkan tugas atau kerja dengan masing-masing melakukan tanggungja­wab mereka.

“Ramai tidak menyedari bahawa konsep gotongroyo­ng dapat mengeratka­n hubungan kemanusiaa­n berbanding generasi yang leka bermain dengan gajet dan media sosial,” jelasnya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Hal Ehwal Pelajar IKBN Miri Shahriman Basir berkata program itu salah satu daripada empat komponen ARP melibatkan kerja-kerja kesukarela­an.

Menurutnya, pihaknya mengadakan lapan program gotong-royong termasuk di SARM berikutan kejadian kebakaran melibatkan pusat tahfiz di Semenanjun­g Ma- laysia.

“Kementeria­n Belia dan Sukan melihat setiap sekolah agama perlu diberi perhatian dari segi keselamata­n dan kebersihan bagi mewujudkan suasana selesa kepada pelajar,” katanya.

Seramai 30 pelajar ARP dan lapan pegawai IKBN Miri serta Jawatankua­sa Ibu Bapa dan Guru (JKIBG) terlibat pada program itu.

Hadir sama Pengerusi JKIBG SARM Azmee Abdillah, Guru Besar SARM Fauziah Mokhtar Khan dan Pemegang Amanah Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri Datuk Abdillah Abdul Rahim.

 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Aries (12 kiri) bersama pelajar ARP, pegawai IKBN, JKIBG SARM dan pelajar pada Program Gotong-Royong (SARM) Sabtu lalu.
GOTONG-ROYONG: Aries (12 kiri) bersama pelajar ARP, pegawai IKBN, JKIBG SARM dan pelajar pada Program Gotong-Royong (SARM) Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia