Utusan Borneo (Sarawak)

Masing-masing dipenjara lapan tahun selepas mereka mengaku bersalah

-

KUALA LUMPUR: Dua rakan semalam masingmasi­ng dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana cuba memasuki Syria untuk melakukan aktiviti keganasan.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap juruteknik syarikat swasta, Mohd Ridwan Mohd Musa, 30, dan juruwang stesen minyak, Zulfadhli Jafri, 25, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berniat pergi ke Syria bagi melakukan perbuatan keganasan melalui Bangkok, Thailand dan Turki.

Mahkamah memerintah­kan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 30 Okt 2016.

Azman berkata sebagai anak kedua daripada lapan adik-beradik, Mohd Ridwan mempunyai tanggungja­wab terhadap keluarga dan bukannya terlibat dengan perbuatan yang tidak bermanfaat.

“Jaga keluarga kamu, itu jihad paling besar. Beri duit kepada ibu bapa pun boleh masuk syurga. Tak perlu berjihad sampai ke Syria atau mana-mana negara yang bergolak untuk masuk syurga.

“Lebih baik mencari pahala dengan menjalanka­n tanggungja­wab sebagai seorang anak daripada pergi berjihad tanpa mengetahui ideologi sebenar kumpulan pengganas Daesh,” nasihat hakim itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Imigresen, Padang Besar, Perlis Indera Kayangan, pada 2.46 petang, 23 Okt 2016 mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Terdahulu, Mohd Ridwan yang diwakili peguam Mohd Hezri Shaharil merayu hukuman ringan atas alasan tertuduh masih muda, layak diberi peluang kedua dan dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Zulfadhli yang tidak diwakili peguam merayu hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukann­ya.

Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentinga­n awam dan hukuman berbentuk pengajaran kepada kedua-dua tertuduh sebagai amaran kepada orang awam supaya tidak terbabit dalam kes ini. — Bernama KUALA LUMPUR: Padah mencuri dua tangga aluminium, seorang pengutip besi buruk dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Majistret Mohd Azali Ibrahim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Muhammad Fakry Ariffin, 27, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah mencuri dua tangga aluminium milik Lean Tam Hen, 58, di hadapan sebuah rumah, di Sungai Way, dekat sini pada jam 9.15 pagi 5 Okt lepas.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 5 Okt lepas.

Muhammad Fakry didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Hamzah Zulkifli merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dikenakan hukuman berbentuk pemenjaraa­n yang singkat dengan alasan tertuduh tidak mampu membayar denda jika dikenakan hukuman denda.

“Tertuduh mempunyai penyakit paru-paru berair dan hanya memungut kotak dan besi buruk bagi menyara ibunya yang uzur,” katanya.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon hukuman berbentuk pengajaran supaya tertuduh tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, jiran Lean telah menahan tertuduh dalam keadaan mencurigak­an di kawasan perumahan mereka dan selepas ditanya, Muhammad Fakry mengaku dia mencuri tangga berkenaan. — Bernama

Jaga keluarga kamu, itu jihad paling besar. Beri duit kepada ibu bapa pun boleh masuk syurga. Tak perlu berjihad sampai ke Syria atau mana-mana negara yang bergolak untuk masuk syurga. Datuk Azman Abdullah Hakim

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Pengurus projek di PPK Melaka direman enam hari bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan skim baja padi bernilai kira-kira RM2.54 juta.
— Gambar Bernama DIREMAN: Pengurus projek di PPK Melaka direman enam hari bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan skim baja padi bernilai kira-kira RM2.54 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia