Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan Anjung Usahawan Aiman Street Mall dinasihati cekal usahakan perniagaan

-

KOTA SAMARAHAN: Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais menasihati usahawan Bumiputera yang berniaga di Anjung Usahawan Aiman Street Mall agar cekal dalam mengusahak­an perniagaan mereka.

Naroden berkata para usahawan di situ berniaga dalam persekitar­an yang mencabar kerana lokasi perniagaan begitu hampir dengan pasar raya dan kedai-kedai yang mungkin menawarkan produk yang serupa.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas merasmikan Anjung Usahawan Aiman Street Mall di sini pada Sabtu lepas yang merupakan sebuah projek di bawah Skim Tabung Pembanguna­n Usahawan.

Beliau berkata perniagaan gerai adalah satu permulaan baik untuk ahli- ahli yang mungkin suatu masa nanti ada yang mampu membuka premis perniagaan di pasar raya besar seperti VivaCity Megamall, tHe Spring Shopping Mall atau The Summer Shoping Mall.

Seramai 50 usahawan berniaga di Anjung Usahawan Aiman Street Mall yang juga merupakan kerjasama TERAJU dengan Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan (MIED) melalui Sanjung Teraju Sdn Bhd.

Sementara itu DUBS Samarahan telah diamanahka­n mengurus operasi harian bagi tujuan memastikan kelancaran projek.

Selain daripada Anjung Usahawan Aiman Street Mall di Kota Samarahan, projek anjung usahawan turut diadakan di Damai Santubong, Semariang, Sri Aman, Betong, Limbang dan Lawas.

Turut hadir Pengerusi Sanjung Teraju Sdn Bhd Datu Mohammed Sepuan Anu, Ketua Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dan Usahawan Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan (MIED) Samat Junai, Ketua Program TERAJU Khairina Dawek, Pengerusi DUBS Cawangan Samarahan Ismawi Muhammad dan Pengurus Anjung Usahawan Aiman Street Mall Nurafadila Rasdi.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Naroden bersama para usahawan Anjung Usahawan Aiman Street Mall.
UNTUK ALBUM: Naroden bersama para usahawan Anjung Usahawan Aiman Street Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia