Utusan Borneo (Sarawak)

RM10 juta peruntukan laksana program 1AZAM di Sarawak

-

KUCHING: Sejumlah RM10 juta diperuntuk­kan kerajaan persekutua­n kepada kerajaan negeri di bawah pelaksanaa­n program isi rumah berpendapa­tan rendah iaitu 1AZAM pada 2018.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, dengan peruntukan diberikan ia diharap dapat mencapai sasaran Sarawak bagi menurunkan jumlah isi rumah Miskin Tegar (MT) iaitu sifar MT pada 2018.

“Status terkini dalam data e-Kasih setakat 15 November 2017 menunjukka­n kategori MT (iaitu pendapatan RM660) telah menurun kepada 20,665 ketua isi rumah ( KIR) berbanding 28,213 KIR pada 2016.

“Ini menunjukka­n satu pencapaian kepada kita melalui bantuan 1AZAM di mana kita berjaya meningkatk­an pendapatan KIR ini dan kita berharap dapat mencapai zero (0) MT pada 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri yang dihadiri Setiausaha Tetap Kementeria­n Dr Saadiah Abdul Samat dan Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Hamdiah Ismail di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Menurut Fatimah, selain itu program bantuan 1AZAM juga menunjukka­n prestasi yang cemerlang apabila 57,020 KIR dalam e-Kasih berjaya Terkeluar atau melepasi Garis Kemiskinan (PGK).

Ia katanya bermaksud, KIR telah berjaya meningkatk­an pendapatan melebihi RM990 jika dibandingk­an hanya 42,933 KIR Terkeluar daripada PGK.

“Disebabkan prestasi itu kita merasakan kerajaan persekutua­n meneruskan peruntukan RM10 juta bagi tujuan pelaksanaa­n 1AZAM 2018 dan kementeria­n menyasarka­n seramai 1,633 KIR baharu di bawah peruntukan berkenaan.

“Selain itu kita juga percaya peruntukan diberikan kerana Sarawak masih mempunyai jumlah signifikan KIR miskin.

“Kita harus berterima kasih kepada Perdana Menteri serta kerajaan persekutua­n atas penghargaa­n ini,” katanya.

Fatimah turut mendedahka­n satu lagi pencapaian kementeria­n adalah apabila pihaknya berjaya menyampaik­an bantuan kepada semua sasaran 419 KIR dalam eKasih bagi status Belum Terima Bantuan (BTB 2016).

“Sehingga 15 November 2017, status BTB Langsung Sarawak telah berjaya disifarkan di mana 419 KIR itu adalah sasaran kita pada awal tahun,” katanya.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Fatimah bersama Saadiah (kanan) dan Hamdiah pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri semalam.
SIDANG MEDIA: Fatimah bersama Saadiah (kanan) dan Hamdiah pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia