Utusan Borneo (Sarawak)

Mekanisme baharu harus dirumus tingkatkan jumlah pelajar STEM

-

SIBU: Mekanisme baharu harus dirumus bagi membantu meningkatk­an jumlah pelajar Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) di seluruh Sarawak khususnya dalam kalangan pelajar Bumiputera.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapaee berkata langkah itu perlu berikutan jumlah pelajar STEM di negeri ini hanya 25.71 peratus pada tahun lalu berbanding 47.84 peratus seluruh Malaysia.

“Sepanjang bengkel dua hari ( Bengkel Pemantapan Prestasi Akademik Sekolah- Sekolah DUN Nangka) melibatkan sembilan sekolah rendah dan tiga sekolah menengah di Universiti Kolej Teknologi Sarawak ( UCTS), guru besar, pengetua, guru dan ibu bapa berkongsi idea mencari cara meningkatk­an jumlah pelajar STEM.

“Mekanisme ini hasil daripada perkongsia­n idea semasa bengkel tersebut dijalankan,” katanya pada Majlis Konvokesye­n Sekolah- Sekolah DUN Nangka di Dewan Suarah Sibu semalam.

Seramai 738 murid sekolah rendah tahun enam dari sembilan sekolah rendah di DUN Nangka diraikan pada majlis julung kali itu.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Sibu Salemah Chali dan Setiausaha Jawatankua­sa Pendidikan Nangka Mahmud Ahad.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam itu mendedahka­n bahawa jumlah pelajar mengambil aliran sains menurun kepada 19.7 peratus pada 2017 daripada 31.6 peratus pada 2014.

Justeru, beliau menyeru ibu bapa memupuk minat dalam kalangan anak-anak mereka terhadap subjek STEM yang boleh menjamin masa depan lebih cerah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, masyarakat tidak dapat lari daripada teknologi malah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mewujudkan dasar ekonomi digital bagi membawa Sarawak maju ke hadapan dalam bidang tersebut.

“Masa depan anak-anak kita banyak bergantung kepada subjek ini. Oleh itu, usaha mengemblen­g dan menambah lebih ramai pelajar khususnya Bumiputera dalam STEM harus dilipatgan­dakan pada masa akan datang.

“Tanpa STEM sudah pasti masyarakat Bumiputera khususnya jauh ketinggala­n jika kita tidak dapat memperting­kat prestasi pencapaian dalam usaha ini,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh mengenai 1,020 sekolah daif terdapat di seluruh Sarawak.

Beliau merakamkan terima kasih kepada kerajaan persekutua­n kerana memperuntu­kkan RM1 bilion di bawah Bajet 2018 bagi mengatasi sekolah daif di Sarawak.

“Sudah semestinya kita mahu peruntukan itu diteruskan pada masa-masa akan datang bagi menyelesai­kan sepenuhnya isu sekolah daif di negeri ini,” kata beliau.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Annuar (kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang murid tahun enam pada Majlis Konvokesye­n SekolahSek­olah DUN Nangka di Sibu semalam.
TAHNIAH: Dr Annuar (kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang murid tahun enam pada Majlis Konvokesye­n SekolahSek­olah DUN Nangka di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia