Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan PPRT 2018 mesti dibuat sebelum 30 Nov 2017

-

KUCHING: Ketua isi rumah (KIR) berdaftar di bawah eKasih yang mahu memohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) 2018 diminta berbuat demikian sebelum 30 November 2017.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, KIR diminta mendaftar di pejabat daerah masing-masing sebelum tarikh akhir berkenaan.

“Sebenarnya PPRT ini adalah program Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu kerajaan persekutua­n disalurkan kepada Kementeria­n Pemodenan Pertanian Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

“Ia kemudian akan disalurkan kepada pejabat daerah dan kita menyeru kepada KIR e-Kasih ini membuat permohonan sebelum tarikh berkenaan kerana senarai nama akan dikumpul untuk mendapatka­n peruntukan bagi PPRT tahun 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri yang dihadiri Setiausaha Tetap Kementeria­n Dr Saadiah Abdul Samat dan Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Hamdiah Ismail di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Fatimah berkata, syarat permohonan adalah pemohon perlu mempunyai tanah selain didaftarka­n sebagai rakyat miskin di bawah e-Kasih.

Katanya pada 2016 seramai 4,591 KIR e- Kasih telah dibantu melalui PPRT di negeri ini.

“Pada tahun ini di Sarawak setakat November 5,271, KIR telah dibantu dan ia adalah melebihi sasaran awal yang menetapkan 4,350 KIR bagi tahun 2017,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat yang diadakan katanya, ia adalah untuk mengetahui status terkini penyelaras­an serta pelaksanaa­n Program Pembasmian Kemiskinan dan Kesejahter­aan Rakyat Sarawak yang dirancang pada awal tahun ini.

“Ia telah dipantau melalui sistem bank data kemiskinan e-Kasih dan bantuan-bantuan yang disalurkan bagi tujuan pembasmian kemiskinan seperti program 1AZAM dan lain-lain program daripada pelbagai usaha agensi serta isu maklumat terkini dalam meningkatk­an kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia