Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong Daesh: Lelaki Indonesia dipenjara lapan tahun

-

KUALA LUMPUR: Seorang tukang jahit warga Indonesia semalam dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan iaitu menggalakk­an, menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua terhadap Rino Kaswara Kasmar, 34, dan penjara tiga tahun untuk pertuduhan ketiga dan memerintah­kan kesemua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 Jun 2017.

Dalam penghakima­nnya, Azman berkata tertuduh adalah rakyat Indonesia yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki tetapi sebaliknya melakukan kesalahan serius.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa dengan pengetahua­n memberi sokongan kepada kumpulan Daesh dengan melakukan sumpah setia (berbai’ah) kepada kumpulan pengganas itu melalui aplikasi telegram dalam kumpulan yang diwujudkan tertuduh sendiri.

Dia melakukan kesalahan itu di Medan Niaga, Jalan Pasar , Slim River, Perak, antara jam 11.36 malam hingga 11.39 malam, 2 Mei lalu mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniatkan untuk melakukan kesalahan itu.

Rino Kaswara juga didakwa menggalakk­an keahlian dalam kumpulan pengganas Mujahideen Indonesia Timur (MIT) dan kumpulan Daesh melalui kumpulan Telegram atas nama Rijal Mujahideen Minangkaba­u di tempat sama antara 2 Mei hingga 2 Jun lalu, mengikut Seksyen 120G(B) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta boleh dikenakan denda.

Dia juga dituduh memiliki telefon bimbit yang men- gandungi 83 keping gambar yang merupakan item-item berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan kumpulan Daesh.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Bazar Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Jalan Pasar, Slim River, kirakira jam 12.45 tengah hari, 12 Jun lalu mengikut Seksyen 130JB(1)(a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda serta boleh dilucutkan hak terhadap mana- mana bahan berkaitan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia perlu menjaga ibu yang uzur di kampung serta dia juga telah insaf atas perbuatann­ya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam memohon hukuman pemenjaraa­n berbentuk pengajaran kerana ia adalah kesalahan serius dan perlu menjadi pengajaran kepada tertuduh serta orang awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia