Utusan Borneo (Sarawak)

Dua rakan diberkas simpan hampir 30,000 biji pil khayal

-

KLANG: Dua rakan yang baharu berjinak-jinak dalam kegiatan pengedaran pil khayal diberkas polis minggu lepas, kerana disyaki menjadikan rumah masing-masing di Jalan Tepi Sungai di sini, sebagai stor menyimpan pil ekstasi dan Erimin 5.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata kedua- dua suspek lelaki berusia 31 dan 34 tahun itu ditahan dalam ser- buan ke atas dua buah rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan berkenaan, antara jam 1.30 pagi hingga 3 pagi, 16 Nov lepas.

“Dalam kedua- dua serbuan itu, polis merampas sejumlah 2,900 biji pil ekstasi serta 27,000 biji pil Erimin 5 yang dianggarka­n bernilai RM500,000 selain merampas sebuah kereta jenama Toyota dan wang tunai RM2,000 daripada suspek,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Shamsul Amar, siasatan awal pihaknya mendapati pil-pil yang dirampas adalah untuk pasaran di sekitar daerah ini serta Kuala Lumpur manakala nilai pasaran bagi sebiji pil ekstasi adalah sekitar RM30 dan RM15 untuk sebiji pil Erimin 5. Selain itu, katanya siasatan mendapati kedua-dua sahabat yang tinggal dalam jarak 100 meter antara satu sama lain itu baru sebulan mengedar pil-pil berkenaan.

Tambah beliau, siasatan lanjut juga mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis Methamphet­amine, bagaimanap­un kedua- dua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Polis kini sedang mengesan seorang suspek utama yang dipercayai membekalka­n pil- pil berkenaan kepada kedua- dua suspek yang kini direman sehingga Khamis ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Shamsul Amar (dua kiri) menunjukka­n dadah jenis pil Erimin 5 dan Ekstasi yang dirampas di sebuah stor di Klang, ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dekat Klang, semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Shamsul Amar (dua kiri) menunjukka­n dadah jenis pil Erimin 5 dan Ekstasi yang dirampas di sebuah stor di Klang, ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dekat Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia