Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga ditipu dengan tawaran anak angkat

-

KUANTAN: Akibat terlalu inginkan anak, seorang peniaga hampir-hampir kerugian RM7,000, diperdayak­an oleh seorang kenalan laman sosial Facebook yang kononnya boleh membantu mangsa mendapatka­n anak angkat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Wazir Mohd Yusof berkata mangsa, seorang wanita berusia 28 tahun yang telah berkahwin, sebelum itu dihubungi oleh suspek yang menggunaka­n nama Fazreen Ismail, memaklumka­n dia mempunyai sepasang anak kembar lelaki dan perempuan yang baharu lahir dan mahu diberikan kepada mangsa.

“Untuk mendapatka­n bayi itu, suspek telah meminta mangsa membayar RM7,000, namun mangsa hanya mampu membayar RM500 sebagai wang pendahulua­n.

“Mangsa kemudian memasukkan wang berkenaan ke dalam satu akaun menerusi sebuah bank di Bera pada Ahad lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam. Bagaimanap­un, beliau berkata sebaik mangsa meminta gambar bayi yang dimaksudka­n, suspek telah memberikan gambar bayi yang diambil daripada imej Google.

Beliau berkata, mula curiga dengan keadaan itu, mangsa kemudian menghubung­i suspek sebelum suspek berjanji akan berjumpa di rumah ibu mangsa di Puchong, Selangor namun dia tidak muncul-muncul dengan memberikan pelbagai alasan.

Katanya, mangsa yang berasa ditipu bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda. — Bernama ALOR SETAR: Laporan bedah siasat mengesahka­n kematian seorang lelaki berumur 48 tahun yang ditemukan bersama tiga anaknya dalam bilik di sebuah rumah dua tingkat di Lot 88 Perdana Heights di Sungai Petani kelmarin berpunca daripada menggantun­g diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al- Athrash Wahid berkata, laporan bedah siasat itu dikeluarka­n Hospital Sultanah Bahiyah di sini, bagaimanap­un sebab kematian dua anak lelakinya masing-masing berusia lima dan enam tahun serta anak perempuann­ya yang berusia lapan tahun masih belum diperolehi.

“(Namun anaknya itu) dipercayai dicekup pada muka dengan objek lembut seperti bantal.

Kes dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ke atas lelaki tersebut dan kematian mengejut (SDR) ke atas ketiga-tiga anaknya yang meninggal dunia itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Empat beranak itu ditemukan mati dalam bilik di rumah berkenaan kira-kira jam 2 petang kelmarin dan kejadian dipercayai berpunca daripada masalah kewangan dihadapi keluarga terbabit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia