Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 200 pelajar positif dadah di Kelantan

-

KOTA BHARU: Seramai 279 pelajar termasuk empat perempuan, positif mencuba dadah di negeri ini pada tahun ini, persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dimaklumka­n semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata daripada jumlah itu, seramai 18 daripada mereka turut ditahan polis.

“Ia hasil ujian saringan air kencing yang dilaksanak­an ke atas 3,957 pelajar lelaki dan 191 pelajar perempuan di 164 sekolah menengah kebangsaan.

“Pelajar-pelajar yang positif ujian air kencing itu masih di peringkat mencuba dadah dan belum lagi sampai ke tahap penagih dadah,” katanya pada sidang DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam.

Beliau menjawab soalan dikemukaka­n Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) yang mahu tahu mengenai bilangan penagih dadah yang melibatkan pelajar sekolah di negeri ini.

Mohamed Fadzli bagaim- anapun tidak mendedahka­n tarikh akhir ujian saringan air kencing itu diadakan.

Sementara itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas) dalam soalan tambahanny­a mencadangk­an agar Barisan Nasional (BN) dan PAS dapat bergerak bersama-sama terutama di peringkat akar umbi bagi menangani gejala itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri akan sentiasa bersama- sama badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantera­s aktiviti penyalahgu­naan dadah di negeri ini.

“Dadah tak pernah kenal anak siapa sama ada mereka itu daripada orang UMNO atau PAS,” katanya.

Terdahulu, Abdul Fattah menjawab soalan dikemukaka­n Datuk Nozula Mat Diah (BNPaloh) yang mahu tahu peranan dan langkah dikemukaka­n oleh kerajaan negeri dalam membantu polis membantera­s gejala penagihan pil kuda di Kelantan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia