Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif ke arah revolusi Pendidikan Tinggi 4.0, bakal guna kod QR

-

PUTRAJAYA: Semua 20 Universiti Awam ( UA) akan menjadi kampus pintar menjelang Jun tahun depan sebagai satu daripada inisiatif ke arah revolusi Pendidikan Tinggi 4.0, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Dr Siti Hamisah Tapsir.

Beliau berkata, ia petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dicapai oleh semua UA melalui penggunaan aplikasi bacaan kod Respons Pantas (QR) yang telah dilaksanak­an beberapa UA seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Melalui pelaksanaa­n kampus pintar atau kampus digital, pelajar hanya perlu menggunaka­n kod QR untuk melakukan pembelian, pendaftara­n, meminjam buku dan sebagainya.

“Jadi kampus akan menjadi ‘cashless’ (tanpa tunai) dan ‘cardless’ (tanpa kad),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pengurusan Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) di sini semalam.

Mengenai rangka kerja Pendidikan Tinggi 4.0, beliau berkata pihak Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) masih dalam proses mendapatka­n maklum balas daripada semua pihak berkepenti­ngan sebelum dimuktamad­kan.

Siti Hamisah, yang menget- uai penggubala­n rangka kerja itu berkata, setakat ini pihaknya telah bertemu dengan lebih 3,500 individu termasuk ahli akademik dan wakil-wakil universiti di seluruh negara.

“Kita masih ada beberapa sesi pertemuan lagi sehingga bulan hadapan sebelum kita muktamadka­n rangka kerja itu.

“Antara maklum balas yang kita terima ialah bagaimana pensyarah mengajar selari dengan Revolusi Perindustr­ian 4.0 seperti menggunaka­n telefon pintar dan perisian yang dihasilkan sendiri oleh pelajar,” katanya.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh semasa merasmikan Seminar Revolusi Industri 4.0 KPT pada Ogos lepas berkata rangka kerja Pendidikan Tinggi 4.0 adalah persediaan bagi mempersiap pendidikan negara menghadapi ‘tsunami’ Revolusi Perindustr­ian 4.0.

Pada majlis itu, Siti Hamisah turut menyaksika­n acara menandatan­gani perjanjian antara GLU yang terdiri daripada Universiti Kuala Lumpur ( UniKL), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) bagi meningkatk­an kerjasama antaranya dalam pengalaman, kepakaran dan pengetahua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia