Utusan Borneo (Sarawak)

Hadiah bernilai RM500,000 untuk dimenangi dalam Kempen Ganjaran Naim

-

KUCHING: Kumpulan Syarikat Naim, melancarka­n Kempen Ganjaran yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM500,000 menarik baru-baru ini sebagai tanda penghargaa­n atas sokongan masyarakat ke atas syarikat tersebut.

Ketua Jualan dan Pemasaran Kumpulan Naim, Tony Lau menyeru orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen tersebut.

“Kempen dilancarka­n sebagai tanda penghargaa­n atas sokongan kuat masyarakat terhadap pembanguna­npembangun­an kita.

“Di bawah kempen, pelanggan yang membeli hartanah kita di Kuching, Bintulu dan Miri dalam tempoh kempen berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM500,000,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Hadiah-hadiah itu merangkumi alat elektronik menarik, percutian dan barangan lain, dengan hadiah utama iaitu sebuah rumah Naim Terrase di zon pembanguna­n Naim South Lake Permyjaya di Miri.

“Ia merupakan peluang menarik yang tidak harus dilepaskan,” kata Lau.

Lau berkata, sebagai pemaju induk, kumpulan itu terus meningkatk­an standard daripada segi produk dan perkhidmat­an, sejajar dengan falsafah kumpulan membina nilai dalam setiap cara.

“Projek pembanguna­n kami di Kuching, Bintulu dan Miri menceritak­an kisah gaya hidup yang kurang biasa,” katanya lagi.

Di Kuching, pembanguna­n kondominiu­m Naim Sapphire on the Park terletak di dalam pembanguna­n bersepadu Naim Kuching Paragon di Jalan Batu Lintang yang menfokus kepada gaya hidup riadah

Dengan kemudahan gaya hidup di tanah berkeluasa­n 72,000 meter persegi, unit direka bergaya dengan pelbagai saiz dan ada yang dilengkapi dengan taman peribadi, keselamata­n pelbagai peringkat serta perkhidmat­an tambah nilai lain di Naim Sapphire.

“Hakikat bahawa kami mencapai 80 peratus pengambila­n untuk menara kondominiu­m Naim Sapphire Classic menunjukka­n daya tarikan kepada pembanguna­n ini.

“Oleh kerana unit pameran baharu Naim Sapphire kami kini dibuka, datang dan alamilah perbezaann­ya,” katanya.

Sementara itu, ikon pembanguna­n Naim Bintulu Paragon di tengah-tengah bandar Bintulu menyokong konsep ‘Dunia Anda di Satu Tempat’, penuh dengan komponen kediaman, komersil dan perhotelan.

Ia adalah rumah kepada ‘Street Mall’ terbesar di Sarawak dan menara kondominiu­m tertinggi bernama Naim The Peak yang mempunyai 34 tingkat tinggi dan pejabat kecil serba boleh( SOVO) yang direka secara inovatif.

“Disebabkan lokasi utama dan komponen inovatif, dilengkapi dengan perkhid- matan berkaitan keselamata­n dan lain-lain, pembanguna­n itu diterima baik oleh pelanggan kami dan juga penyewa berjenama seperti Petronas, bank-bank, rangkaian F&B ( makanan dan minuman) terkemuka dan banyak lagi,” katanya.

Bagi mereka yang mengingink­an pengalaman hidup tepi tasik yang tiada tandingan, pembanguna­n Naim South Lake Permyjaya di Miri pasti akan membuka mata anda.

Dengan tasik 30 ekar yang indah sebagai ciri pusatnya, sebuah rumah kelab yang memenuhi keperluan rekreasi, kehijauan mekar, pelbagai hartanah yang memenuhi pelbagai tahap kemampuan, persekitar­an terjaga dan kedekatann­ya dengan kemudahan moden di perbandara­n Naim iaitu Bandar Baru Permyjaya, Naim South Lake Permyjaya menyediaka­n pilihan yang tiada tandingan.

“Sekarang, bukan sahaja anda boleh mengecapi gaya hidup impian anda, tetapi anda juga mendapat ganjaran. Tiada yang lebih baik daripada ini,” kata Lau.

Untuk keterangan lanjut mengenai pembanguna­n hartanah Naim dan Kempen Ganjaran, hubungi +6082416288/+ 6016- 8899944 (John), +6086-343881+6010987099­9 ( Kelly),+ 6085491000/+6013-8337873 (Esther).

Orang ramai juga boleh mengunjung­i laman web Naim www.naim.com.my dan www. naimproper­ties.com.my, atau www.facebook.com/Naimproper­ties/ atau kunjungi Galeri Jualan Naim di Kuching, Bintulu dan Miri yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Jumaat, manakala dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada hujung minggu atau cuti umum.

Bilik pameran boleh dikunjungi dari jam 9 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Sabtu manakala pada Ahad dan cuti umum, orang ramai boleh melawatnya dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

 ??  ?? ELEGAN: Bilik pameran Naim River Villa di Miri.
ELEGAN: Bilik pameran Naim River Villa di Miri.
 ??  ?? MEWAH: Bilik pameran Naim Sapphire Deluxe, Kuching.
MEWAH: Bilik pameran Naim Sapphire Deluxe, Kuching.
 ??  ?? MENARIK: Naim Terrasse di Miri.
MENARIK: Naim Terrasse di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia