Utusan Borneo (Sarawak)

Pakar saran k’jaan wujud akta khas kawal selia ahli terapi

-

PETALING JAYA: Seramai 443,541 orang kelainan upaya ( OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hingga Oktober tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

Katanya, jumlah yang ber- daftar melalui Sistem Pengurusan Maklumat OKU (SMOKU) itu masih belum mencapai sasaran unjuran Pertubuhan Kesihatan Se- dunia (WHO), yang menganggar­kan 10 hingga 15 peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara adalah OKU. — Bernama LANGKAWI: Seorang pakar sains senaman semalam menyaranka­n agar kerajaan menguatkua­sakan undangunda­ng khusus berkaitan kecergasan bagi mengawal selia ahli terapi senaman di negara ini.

Dr Lee Chee Peng berkata di bawah undang-undang itu, ahli terapi senaman boleh berdaftar dan diberi pentauliah­an untuk mengadakan kelas senaman yang terbukti dapat membantu mencegah penyakit-penyakit kronik.

“Terapi senaman yang tepat dapat membantu mencegah empat penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu hipertensi, diabetes, obesiti dan ‘dyslipidem­ia’ (jumlah kolestrol dan/ atau lemak yang tidak normal dalam darah).

“Terapi senaman boleh menghasilk­an perubahan positif kepada tubuh manusia jika dilakukan dalam dos yang tepat,” katanya kepada pemberita di luar Persidanga­n Dunia mengenai Perubatan Senaman yang pertama di sini semalam.

Dr Lee yang merupakan Naib Pengerusi persidanga­n itu berkata, sebelum ini rang undang-undang kecergasan kebangsaan pernah dibentangk­an dua kali di Parlimen pada 2008 namun gagal direalisas­ikan.

Terapi senaman merupakan regimen aktiviti fizikal yang direka untuk mencapai tujuan terapeutik khusus.

Ia juga digunakan untuk memulihkan fungsi muskuloske­letal atau mengurangk­an rasa sakit disebabkan penyakit atau kecederaan.

Beliau berkata, Kementeria­n Kesihatan berjaya menjalanka­n kajian perintis mengenai sains senaman di tujuh klinik kesihatan pada 2012 dan 2013.

Persidanga­n tiga hari itu yang berakhir semalam menghimpun­kan 27 saintis senaman, doktor, ahli terapi dan jurulatih dari pelbagai negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia