Utusan Borneo (Sarawak)

Perhimpuna­n Agung UMNO, gelanggang pamer kejayaan kerajaan BN

-

KUALA LUMPUR: UMNO akan mempamer kejayaan dan pencapaian pentadbira­n kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13, pada Perhimpuna­n Agung UMNO yang akan berlangsun­g awal bulan depan.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kesemua kejayaan dan pencapaian itu disajikan dalam bentuk gambar dan visual yang ditempatka­n di sudut-sudut pameran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) – lokasi berlangsun­gnya perhimpuna­n itu untuk tatapan umum.

“Sebagai sebuah parti politik yang menerajui kepimpinan ( kerajaan pusat), kita akan menunjukka­n setiap kejayaan Petunjuk Prestasi Utama ( KPI) sepanjang tempoh pentadbira­n Barisan Nasional serta dasar- dasar yang telah dibuat oleh kerajaan.

“Pencapaian selama ini yang menunjukka­n janji-janji kita sewaktu pilihan raya umum yang lepas telahpun kita dapat laksanakan, salah satu contoh, projek MRT yang dijanjikan dalam manifesto telah berjaya disempurna­kan,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, semalam.

Antara yang hadir pada pertemuan itu ialah Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abd Wahab dan pegawai-pegawai kanan agensi berita itu.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata persiapan bagi penganjura­n perhimpuna­n agung yang bakal berlangsun­g pada 5 hingga 9 Dis ini, kini berjalan lancar dengan raptai pertama perjalanan­nya akan diadakan Sabtu ini.

Beliau berkata, perhimpuna­n agung itu akan menyaksika­n kehadiran pemerhati daripada 40 parti politik luar negara termasuk dari Turki dan negara- negara Timur Tengah.

Katanya tapak-tapak pameran dan gerai jualan yang disediakan juga mendapat sambutan hangat apabila semuanya telah habis dtempah pempamer dan peniaga tempatan.

Selain itu, katanya, bagi menambah kemeriahan, satu pertanding­an fotografi akan diadakan sepanjang tempoh perhimpuna­n itu membabitka­n penyertaan orang ramai dan petugas media yang menyaksika­n imbuhan hadiah harian sebanyak RM300 selain berpeluang menjadi pemenang utama untuk hadiah wang tunai RM3,000.

“Jadi semua jurugambar dalam mana- mana agensi termasuk orang ramai yang mempunyai kamera telefon juga boleh menyertai dan menyerahka­n gambar-gambar menarik sekitar perhimpuna­n agung kepada jawatankua­sa peraduan yang akan berada di ruang legar PWTC sepanjang tempoh berkenaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTEMUAN: Zulkefli (tiga kiri) bergambar bersama Ab Rauf (tengah), Zakaria (tiga kanan) dan yang lain ketika mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi dan pegawai kanan Bernama di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERTEMUAN: Zulkefli (tiga kiri) bergambar bersama Ab Rauf (tengah), Zakaria (tiga kanan) dan yang lain ketika mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi dan pegawai kanan Bernama di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia