Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kompromi penjawat awam tidak daftar pengundi: Idris

-

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idrin Haron semalam memberi peringatan kepada penjawat awam negeri itu yang belum mendaftar sebagai pemilih agar berbuat demikian secepat mungkin.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan berkomprom­i terhadap mereka yang gagal mendaftar sebagai pengundi memandangk­an ia juga sebahagian daripada tanggungja­wab sebagai penjawat awam.

“Saya boleh terima alasan yang diberikan oleh orang awam kenapa mereka masih belum mendaftar namun tidak ada alasan untuk penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan yang masih belum berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Pentadbira­n Kerajaan Negeri Melaka anjuran Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, di sini semalam.

Beliau berkata bagaimanap­un maklumat terkini menunjukka­n hanya enam penjawat awam di negeri itu yang belum berdaftar.

Idris turut mengucapka­n tahniah kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka yang berjaya menjadikan negeri itu antara yang paling rancak dalam pendaftara­n pengundi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka Haelmy Mohd Hanifah berkata Melaka antara negeri yang cemerlang dalam pendaftara­n pengundi bagi penjawat awam.

Beliau juga berkata jumlah mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi juga adalah yang terendah iaitu sekitar 69,000 orang.

Beliau turut menasihati orang ramai yang layak mendaftar agar segera berbuat demikian kerana mereka masih berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sekiranya PRU itu dibuat tahun depan.

“Proses pendaftara­n pengundi tidak mengambil masa yang lama iaitu selama lebih kurang dua minit dan mereka yang masih belum mendaftar boleh membuat pendaftara­n di mana-mana pejabat Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) atau pejabat pos di seluruh negara,” katanya.

Berdasarka­n laman web rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, seramai 486,593 pengundi telah diwartakan pada suku kedua 2017 iaitu setakat 25 Ogos 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia