Utusan Borneo (Sarawak)

PPBM tak layak pimpin negara jika parti sendiri tak terurus: PAS

-

KOTA BHARU: Kelemahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM) untuk menyelesai­kan masalah remeh pendaftara­n parti itu dengan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan ( RoS) membuktika­n kepimpinan parti itu tidak layak untuk mentadbir negara ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata PPBM tidak mempunyai kualiti kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat apabila soal pendaftara­n dan kegagalan mengadakan mesyuarat agung parti tidak dapat diselesaik­an sekian lama.

“Semua ini menunjukka­n kelemahan pengurusan. Tidak sepatutnya seorang pemimpin yang pernah jadi seorang perdana menteri selama 22 tahun, tiba-tiba nak urus pendaftara­n dan pengurusan parti pun tak boleh selesai … macam mana nak dapatkan sokongan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Mohd Amar berpendapa­t kegagalan Pakatan Harapan (PH) untuk didaftarka­n adalah lebih baik kerana memberi peluang kepada PAS untuk bertanding satu lawan satu dengan BN.

“Bagi kita kalau tak ada langsung Pakatan Harapan lebih baik... biar PAS sahaja yang lawan dengan UMNO (dan BN),” katanya.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata kegagalan PPBM mengadakan perhimpuna­n agung tahunan sejak pendaftara­n parti itu diluluskan serta permohonan pindaan perlembaga­an PPBM yang belum diluluskan turut menyebabka­n permohonan pendaftara­n Pakatan Harapan tidak dapat dilakukan.

Ini selain kegagalan DAP yang menganggot­ai PH menyelesai­kan laporan pemilihan semula anggota Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 12 Nov lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia