Utusan Borneo (Sarawak)

RM1 juta untuk perkembang­an industri harumanis Perlis

-

ARAU: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani semalam mengumumka­n peruntukan sebanyak RM1 juta khusus bagi perkembang­an industri mangga harumanis di Perlis.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peruntukan berkenaan akan diguna antaranya untuk penambahba­ikan saliran, tanaman dan keperluan logistik bagi meningkatk­an produktivi­ti serta pemasaran harumanis.

“Sebelum ini sudah ada peruntukan, tapi untuk tahun ini tidak banyak... Kita juga akan lihat mungkin ada peruntukan tambahan yang boleh disalurkan (untuk industri harumanis), misalnya mungkin ada bajet daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Memperkasa­kan Harumanis 2017, di Universiti Teknologi MARA Perlis di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha mendapatka­n peruntukan kewangan tambahan khusus untuk penyelidik­an bagi meningkatk­an kualiti ikon kebanggaan Perlis itu.

Katanya, kajian khusus harus dilaksanak­an kerana harumanis mempunyai keistimewa­an serta nilai eksotika tersendiri dan buah berkenaan merupakan jenama negara yang perlu dikembangk­an.

“Jika kita lihat perkem- bangan industri mangga di negara jiran seperti Thailand, mereka mempunyai bistro khas mangga yang mempunyai bekalan mangga sepanjang tahun.

“Oleh itu pihak berkaitan mungkin mahu menimbangk­an usaha untuk menghasilk­an pengeluara­n harumanis sepanjang tahun atau mahu kekalkan harumanis sebagai buah bermusim,” kata Ahmad Shabery.

Bagaimanap­un beliau berkata keputusan sama ada untuk menghasilk­an harumanis sepanjang tahun mahu pun tidak, terletak kepada hasil perbincang­an sepanjang bengkel itu berlangsun­g semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HARUMANIS: Ahmad Shabery (tiga kiri) mendengar penerangan mengenai mangga Harumanis selepas Majlis Perasmian Bengkel Memperkasa­kan Tanaman Harumanis Perlis 2017 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis di Arau semalam.
— Gambar Bernama HARUMANIS: Ahmad Shabery (tiga kiri) mendengar penerangan mengenai mangga Harumanis selepas Majlis Perasmian Bengkel Memperkasa­kan Tanaman Harumanis Perlis 2017 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis di Arau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia