Utusan Borneo (Sarawak)

Batal lesen premis perniagaan jika gantung iklan haram: DBKL

-

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) akan mengambil tindakan membatalka­n lesen premis perniagaan syarikat yang masih ingkar menggantun­g iklan di tiang lampu dan lampu isyarat di Kuala Lumpur, bermula awal tahun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, sekiranya syarikat berkenaan didapati melanggar arahan itu, DBKL akan mengeluark­an surat tunjuk sebab dan akan membatalka­n lesen serta- merta sekiranya ia masih tidak dipatuhi.

“Dalam sehari, beratusrat­us poster dan iklan komersial haram seperti iklan along digantung merata-rata dan situasi ini benar-benar mencacatka­n pemandanga­n dan imej Kuala Lumpur sedangkan di negara lain seperti China dan Thailand pun tidak berlaku masalah sebegini,” katanya pada sidang media pelancaran Pasukan Rovers DBKL, di sini semalam.

Katanya, disebabkan sikap degil mereka, DBKL terpaksa membelanja­kan sehingga RM3 juta tahun lalu untuk kerja-kerja menurunkan se- mua iklan haram terbabit dari pagi hingga lewat malam.

“Selepas ini tiada lagi kompromi, sama ada syarikat besar atau kecil,” katanya.

Mengenai Rovers DBKL, Mhd Amin Nordin berkata pasukan khas berkenaan dianggotai pasukan trafik DBKL yang ditugaskan untuk menyuraika­n trafik di kawasan-kawasan utama di ibu negara iaitu Bukit Bintang, Masjid India, Chow Kit dan Brickfield­s.

“Setiap pasukan yang terdiri daripada dua anggota bermotosik­al di empat kawasan berkenaan akan bertindak melancarka­n pergerakan di jalan raya khususnya di kawasan yang sesak pada waktu puncak.

“Pasukan ini juga akan mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang memberhent­ikan kenderaan dan menunggu ketika waktu puncak dengan berhenti di lorong bas atau tepi jalan yang mempunyai tanda larangan,” katanya.

Beliau berkata sekiranya pemandu terbabit tidak mengalihka­n kenderaan terbabit, DBKL akan menunda kenderaan itu sertamerta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia