Utusan Borneo (Sarawak)

Tavecchio mangsa terbaharu kegagalan Itali Presiden FIGC itu lepaskan jawatannya selepas tidak mendapat lagi sokongan dalam Liga Amatur

-

ROM, Itali: Presiden Persekutua­n Bola Sepak Itali (FIGC), Carlo Tavecchio, menjadi mangsa terbaharu kegagalan Itali layak ke Piala Dunia Isnin lepas, beberapa hari selepas memecat jurulatih kebangsaan, Gian Piero Ventura.

Seminggu selepas Itali gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958 apabila tewas kepada Sweden pada playoff terakhir kelayakan ke Piala D u n i a 2 0 1 8 , T a v e c - c h i o akhirnya mengundur diri.

P e m - i m p i n b e r u s i a 74 tahun itu dikritik teruk, terutama s e k a l i dari Presiden Jawatankua­sa Olimpik Itali (CONI), Giovanni Malago kerana enggan meletak jawatan selepas Itali tewas 0-1 secara agregat kepada Sweden.

Beliau terpaksa melepaskan jawatannya pada satu mesyuarat majlis persekutua­n FIGB di Rom di mana beliau mendapati dirinya tidak mendapat lagi sokongan dalam Liga Amatur.

Dalam satu sidang media selepas itu, dengan perasaan marah, Tavecchio menegaskan beliau tidak faham kenapa beliau seorang yang menerima padah.

“Saya meletak jawatan dan sebagai satu tindakan politik, saya meminta mereka dari Majlis Persekutua­n untuk

Saya meletak jawatan dan sebagai satu tindakan politik, saya meminta mereka dari Majlis Persekutua­n untuk menyertai saya (meletak jawatan) tetapi tiada seorang pun berbuat demikian, jadi ia bermakna hanya saya. Carlo Tavecchio Bekas Presiden Persekutua­n Bola Sepak Itali

menyertai saya (meletak jawatan) tetapi tiada seorang pun b e r b u a t demikian, jadi ia bermakna hanya s a y a , ” kata beliau.

“Saya f i k i r k i t a s u - dah

s a m - pai ke satu peringkat y yang ti tiada d pulangan. l Isu politik tidak berubah sehingga pagi ini.

“Keputusan serius telah dibuat tetapi apabila ia melibatkan isu paling penting, Serie A dan B tidak hadir ( untuk memberi sokongan kepadanya).”

P e m i l i h a n kepimpinan untuk kedua-dua badan itu dijadualka­n bulan ini dan Tavecchio mahu membentang­kan rancangan beliau untuk kebangkita­n bola sepak Itali.

Tetapi pengkritik beliau mahu beliau pergi segera dan pemilihan presiden baharu dirancang dalam tempoh 90 hari. Tavecchio seharusnya mengadakan pemilihan semula tetapi Malago mengumumka­n CONI akan campur tangan dalam hal ehwal FIGC. Tavecchio mempertaha­nkan rekodnya, dengan merujuk bahawa Itali akan dari musim hadapan, mempunyai empat pasukan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara dan juga amat penting dalam pemilihan Aleksander Ceferin sebagai presiden badan induk bola sepak Eropah (UEFA). “Carlo Tavecchio menerima kesan kerana memilih Ventura (sebagai jurulatih),” kata beliau sambil menegaskan bahawa pemilihan jurulatih kebangsaan Itali dibuat oleh bekas jurulatih Itali, Marcello Lippi.

“Jika kami menjaringk­an satu gol, saya mungkin terus berada di sini (sebagai presiden) tetapi akhirnya, saya masih ada di sini,” kata Tavecchio.

“Satu kesilapan yang saya kesali? Tidak campur tangan semasa pertukaran jurulatih.”

Ketika ini, Itali tanpa seorang jurulatih dengan khabar angin rundingan dengan pilihan utama, Carlo Ancelotti, yang dipecat Bayern Munich pada bulan September, menjadi dingin menurut media Itali.

“Saya sudah bercakap dengan empat atau lima nama besar. Mereka boleh berkata apa yang mereka suka tetapi tiada yang berkata mereka tidak mahu datang kerana Tavecchio. Ia satu penipuan,” tegas beliau.

Apa pun, keadaan semasa bola sepak Itali tidak kelihatan menarik perhatian bakal calon.

Tiada sebarang keputusan terburu- buru dengan Itali h a n - y a mempunyai dua perlawanan persahabat­an dijadualka­n pada bulan Mac tahun hadapan, yang mungkin menyaksika­n seorang jurulatih sementara seperti jurulatih remaja, Luigi Di Biagio, mungkin dinaikkan pangkat. Tavecchio dilantik sebagai presiden FIGC selepas kemenangan mudah pada pemilihan 2014 yang menyaksika­n 18 dari 20 kelab Serie A menyokong beliau. Beliau memenangi undian walaupun beberapa hari sebelum itu membuat komen rasis merujuk kepada pemain kulit hitam yang “makan pisang” sebelum mereka datang untuk bermain di Itali. Beliau juga pernah menimbulka­n kontrovers­i dengan komen anti Yahudi dan anti homoseksua­l. — AFP

 ??  ?? TAVECCHIO
TAVECCHIO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia