Utusan Borneo (Sarawak)

Dortmund tarik balik penggantun­gan Aubameyang

-

DORTMUND, Jerman: Borussia Dortmund telah menarik balik penggantun­gan Pierre-Emerick Aubameyang untuk membolehka­n penyerang itu menentang Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Juara-Juara.

Jurulatih Dortmund, Peter Bosz, mengesahka­n Aubameyang sudah kembali ke dalam skuad selepas beliau digantung kerana lewat tiba untuk latihan dan juga merakam video tanpa kebenaran di pusat latihan kelab.

“Aubameyang akan bermain. Saya bercakap dengan beliau selepas perlawanan menentang Stuttgart dan beliau berlatih bersama kami semalam,” kata Bosz dalam satu sidang media Isnin lepas.

“Kami sudah menyelesai­kan permasalah­an dan bagi saya, ia sudah berakhir.”

Aubameyang tidak disenaraik­an ke dalam skuad yang tewas 1-2 di Stuttgart Jumaat lepas, menyebabka­n mereka tercicir di tangga kelima Bundesliga Jerman.

Aubameyang, penjaring terbanyak liga musim lepas, dalam tempoh kemarau gol ketika ini. Beliau sudah menjaringk­an 15 gol setakat musim ini tetapi belum menjaringk­an gol pada lima perlawanan terakhir dengan gol terakhir beliau ialah pada 14 Oktober.

Dortmund ketika ini berada di tangga ketiga Kumpulan H dan harus menewaskan Spurs, pendahulu kumpulan dan berharap Real Madrid gagal menang di APOEL untuk menghidupk­an peluang tipis mara ke pusingan kedua kejohanan.

Spurs sudah dijamin satu tempat ke pusingan kedua tetapi kemenangan akan menyaksika­n mereka menamatkan pusingan pertama selaku juara kumpulan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL PENTING: Izquierdo (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu Brighton mengikat Stoke 2-2 pada aksi liga di Stadium The American Express Community, Brighton pada Isnin lepas.
— Gambar Reuters GOL PENTING: Izquierdo (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu Brighton mengikat Stoke 2-2 pada aksi liga di Stadium The American Express Community, Brighton pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia