Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Dart Terbuka Bandaraya Kuching 2017 menawarkan hadiah lumayan

-

KUCHING: Kejohanan Dart Terbuka Bandaraya Kuching 2017 (KCO17) menawarkan hadiah lumayan berjumlah kira- kira RM40,000 akan diadakan pada 8 hingga 10 Disember ini di Stadium Perpaduan di sini.

Majlis perasmian penganjura­n kedua kejohanan itu bakal disempurna­kan oleh Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU), Datuk Abang Wahab Abang Julai pada 8 Disember, jam 9 pagi.

Kejohanan dart antarabang­sa itun mendapat pengiktira­fan Kesatuan Dart Dunia (WDF) serta bantuan nasihat daripada Persatuan Dart Malaysia (MDA).

Kejohanan itu terbahagi dua kategori iaitu berpasukan terdiri empat orang dan perseorang­an terbuka untuk lelaki dan wanita.

Pemenang kategori berpasukan membawa pulang wang tunai RM8,000 manakala tempat kedua meraih wang tunai RM4,000 masingmasi­ng berserta pingat dan piala. Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima RM1,500, pingat dan piala.

Pasukan menduduki tempat kelima hingga kelapan membawa pulang RM500 dan pingat manakala kedudukan kesembilan hingga ke- 16 menerima pingat.

Bagi kategori berpasukan (second stage chance), pemenang pertama membawa pulang wang tunai RM700 dan kedua menerima RM400 masing-masing berserta pingat dan piala. Hadiah wang tunai RM200 berserta pingat dan piala diberikan kepada pemenang tempat ketiga dan keempat manakala wang tunai RM100 serta pingat diberikan kepada pasukan menduduki tempat kelima hingga kelapan.

Pemenang kategori lelaki terbuka menerima wang tunai RM1,500 manakala tempat kedua mendapat RM700, sementara tempat ketiga dan keempat membawa pulang RM300 berserta pingat dan piala.

Pasukan di tempat kelima hingga kelapan akan menerima RM200 dan pingat, manakala tempat kesembilan hingga ke16 mendapat pingat.

Tempat pertama bagi kategori wanita terbuka menerima wang tunai RM800 manakala tempat kedua mendapat RM600 masing-masing berserta pingat dan piala.

Pemenang tempat ketiga menerima wang tunai RM250 berserta pingat, sementara tempat kelima hingga kelapan menerima RM100 dan pingat dan tempat kesembilan hingga ke-16 mendapat pingat.

Yuran bagi ‘team event’, ‘second chance’ masing-masing meraih RM400 manakala lelaki terbuka ialah RM100 dan wanita terbuka (RM80) untuk warganegar­a Malaysia.

Manakala warganegar­a asing perlu membayar RM700 untuk team event, second chance event (RM700), lelaki terbuka (RM200) dan wanita terbuka (RM100).

Kejohanan itu menerima sokongan dan tajaan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC), Bank Rakyat Cawangan Sarawak, Pusat Beli-Belah Riverside, Hotel Riverside Majestic, Persatuan Dart Sarawak dan Persatuan Dart Kuching.

Orang ramai berminat menyertai kejohanan itu atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubung­i Bahagian Perhubunga­n Komuniti dan Khidmat Sosial DBKU di talian 082-236223 sebelum tarikh tutup penyertaan pada 30 November ini. LONDON, England: West Bromwich Albion memecat pengurus Tony Pulis Isnin lepas ekoran prestasi buruk yang menyaksika­n kelab dimiliki hartawan dari China itu tercicir ke tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris.

Pulis hanya menang dua dari 21 perlawanan liga terakhir selepas dibelasah 0-4 oleh Chelsea Sabtu lepas dan kini berada satu anak tangga di atas zon penyingkir­an selepas 11 perlawanan tanpa menang dalam semua pertanding­an.

“Keputusan ini tidak dibuat dengan mudah tetapi apa yang lebih penting ialah untuk kebaikan kelab,” kata pengerusi kelab, John Williams ketika memberitah­u laman sesawang rasmi kelab.

“Kami adalah perniagaan mementingk­an keputusan dan sejak dari akhir musim lepas dan setakat musim ini, ia amat mengecewak­an.

“Bagaimanap­un, kami mahu memberikan penghargaa­n di atas sumbangan dan kerja-keras Tony sepanjang tempoh peralihan kelab, yang termasuk pertukaran pemilikan.

“Kami mengharapk­an yang terbaik untuk beliau di masa hadapan.”

Penolong pengurus, Gary Megson, akan mengambil alih tugas buat sementara sehingga notis lanjut.

Pemilik kelab, Guochuan Lai, menyaksika­n perlawanan di The Hawthorns Sabtu lepas setelah terbang jauh dari China dan sekarang akan mencari pengurus baharu dengan jurulatih kelab Aberdeen dalam Liga Perdana Scotland, Derek McInnes yang juga bekas kapten West Brom, dikaitkan dengan jawatan.

Pulis, 59, menggantik­an Alan Irvine apabila West Ham berada satu mata di atas zon

Keputusan ini tidak dibuat dengan mudah tetapi apa yang lebih penting ialah untuk kebaikan kelab. John Williams Pengerusi West Bromwich Albion

penyingkir­an pada Januari 2015 sebelum akhirnya membimbing kelab ke tangga ke-13 pada akhir musim.

Mereka menamatkan saingan di tangga ke-14 pada musim 2015/2016 dan tangga ke-10 musim lepas, tetapi gagal memenangi sebarang sembilan perlawanan terakhir.

Dalam satu kenyataan dikeluarka­n Persatuan Pengurus Liga (LMA), yang mewakili pengurus di England, Pulis mempertaha­nkan rekodnya di kelab.

“Dalam tempoh tiga musim terakhir, kami mencapai keputusan yang hebat dan saya bangga membimbing West Bromwich Albion,” kata beliau.

“Tugas saya ialah untuk membangunk­an skuad dan memastikan kami mencapai keputusan yang akan memperbaik­i kedudukan kewangan kelab.

“Kami sudah mencapainy­a tahun ini dan saya gembira menjadi sebahagian dari perkembang­an kelab. Kedudukan terakhir kami pada tiga musim akhir mewakili satu pencapaian sasaran kami sebagai sebuah kelab; mengekalka­n status kami dalam Liga Perdana dan memberikan kestabilan sepanjang peralihan pemilikan kelab.”

Pulis, yang mempunyai rekod membanggak­an tidak pernah membimbing kelab yang tersingkir dari liga, pernah membimbing Crystal Palace selain dua penggal di Stoke City di mana beliau pernah melangkah ke final Piala FA dan layak ke Eropah pada penggal keduanya.

Jumlah pemecatan pengurus dalam Liga Perdana sudah berada pada paras tertinggi dalam lima musim sebelum Pulis dipecat, dengan empat pengurus dipecat menjelang 20 November berbanding jumlah tertinggi tiga orang pada tempoh yang sama pada 2015/2016.

Pengurus lain yang dipecat setakat ini ialah Frank de Boer (Crystal Palace), Craig Shakespear­e (Leicester City), Ronald Koeman (Everton) dan Slaven Bilic (West Ham United). — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DIPECAT: Pulis mempertika­i keputusan pengadil ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Brom dan Chelsea di The Hawthorns, West Bromwich Sabtu lepas.
— Gambar Reuters DIPECAT: Pulis mempertika­i keputusan pengadil ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Brom dan Chelsea di The Hawthorns, West Bromwich Sabtu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? TERTEKAN: Bielsa menjerit ka arah pemainnya ketika mengendali­kan perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Amiens dan Lille di Stadium Licorne, Amiens pada Isnin lepas.
— Gambar AFP TERTEKAN: Bielsa menjerit ka arah pemainnya ketika mengendali­kan perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Amiens dan Lille di Stadium Licorne, Amiens pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia