Utusan Borneo (Sarawak)

Johari ungguli Golf MAKSAK 2017

-

KUCHING: Seramai 94 peserta termasuk kakitangan kerajaan negeri dari 24 jabatan dan agensi menyertai Pertanding­an Golf Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota- Anggota Kerajaan (MAKSAK) di Damai Golf and Country (DGCC) minggu lalu.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC).

Johari Aman bermain dengan handikap 5 mengunggul­i kategori ‘gross’ selepas mencetak 71 (1 di bawah par) untuk muncul juara.

Beliau menundukka­n bekas pemain profesiona­l, Mohd Fikri Mohamad dengan kelebihan tujuh pukulan disusuli Abdul Aziz Sahari di tempat ketiga dengan skor 80.

Bagi kategori ‘nett’, Mohamad Mokarat muncul juara selepas mencatat skor 64 (8 di bawah par).

Pemain dengan handikap 16 itu berjaya menewaskan Sargandang Liman dengan perbezaan dua pukulan sementara Zulkifli Jaraee di tempat ketiga dengan 67 pukulan.

Sementara itu, Peter Shawal mendominas­i kategori tetamu jemputan ( nett) selepas mencatat skor 69 (3 di bawah par) mengatasi Setiausaha Tetap Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n, Kameri Affendi di tempat kedua dengan kelebihan dua pukulan.

Tempat ketiga disandang Datu Vasco Sibat dengan skor 74 (OCB).

Kategori tetamu jemputan (gross) menyaksika­n Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh muncul juara selepas merekod skor 78 (enam di bawah par) disusuli Peter Umak dan Paul Ponar Sinjeng di tempat kedua dan ketiga.

 ??  ?? TIMBA PENGALAMAN: Syahril ( dua kanan), Zulkaranai­nhisham (kanan) dan Bakerya (kiri) bersama peserta klinik ragbi di SMK SHOAW.
TIMBA PENGALAMAN: Syahril ( dua kanan), Zulkaranai­nhisham (kanan) dan Bakerya (kiri) bersama peserta klinik ragbi di SMK SHOAW.
 ??  ?? RAI KEJAYAAN: Johari (kiri) dan Mokarat meraikan kejayaan masing-masing pada kejohanan tersebut.
RAI KEJAYAAN: Johari (kiri) dan Mokarat meraikan kejayaan masing-masing pada kejohanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia