Utusan Borneo (Sarawak)

Persembaha­n busking tanpa henti 34 jam bakal cipta rekod

-

LEBIH 200 kumpulan penghibur jalanan tempatan dan antarabang­sa bersedia melakar sejarah Malaysian Book of Records apabila bakal membuat persembaha­n busking tanpa henti selama 2,017 minit atau 34 jam, mulai 25 hingga 26 November ini. Program Busking Tanpa Henti 2,017 Minit anjuran Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) yang akan diadakan di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur itu adalah sebagai penghargaa­n terhadap sokongan rakyat Malaysia dalam industri busking. Pre-siden MYBC Wady Ham-dan ber-kata program yang dianjurkan ber- sem- pena Kuala Lumpur Biennale 2017 (KL Biennale 2017) itu melibatkan persembaha­n istimewa oleh peserta terdiri daripada individu dan berkumpula­n, antaranya dari Jepun, Indonesia, United Kingdom dan Pakistan.

Beliau berkata setiap kumpulan akan diberikan masa selama 30 minit bagi satu persembaha­n, yang akan bermula pada 9 pagi (25 Nov) dan berakhir 7 malam (26 Nov).

“Industri buskers di Malaysia sejak empat tahun lalu hingga kini melalui revolusi yang begitu rancak sekali kerana ia bukan sahaja menjadi penggerak pembanguna­n belia serta penyumbang kepada ekonomi dalam sektor pelanconga­n, malah boleh dijadikan kerjaya dan sumber pendapatan yang berbaloi kepada seseorang.

“Kini, kita boleh jumpa kumpulan buskers di mana-mana sahaja sama ada di kompleks beli-belah, televisyen dan ada juga di lapangan terbang,” katanya dalam sidang media sempena pro-gram itu, baru-baru ini.

Wady berkata buat masa ini, terdapat 13,000 anggota buskers berdaftar bawah MYBC di seluruh Malaysia.

Antara aktiviti yang akan berlangsun­g sepanjang program itu ialah bengkel mengenai industri muzik dan penciptaan lagu oleh komposer dan pemuzik terkenal, Edrie Hashim, jualan daripada kendera saji serta ‘car boot sale’.

KL Biennale 2017 bertemakan Belas merupakan program pameran seni anta-rabangsa anjuran Balai Seni Visual Negara bagi melihat perubahan cara menjiwai seni dan membangkit­kan gaya penceritaa­n serta naratif oleh karyawan, pemulihara­an, artis, pengamal, saintis, organisasi, komuniti dan pelbagai personalit­i.

Pameran tersebut yang bermula sejak 1 Nov lalu hingga 31 Mac tahun hadapan diadakan di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

— Bernama

 ??  ?? ZAYAN dan sebagainya. ZAYAN: Mawi penyampai dalam segmen Salam Bros di Zayan. LIN ARIFFIN
ZAYAN dan sebagainya. ZAYAN: Mawi penyampai dalam segmen Salam Bros di Zayan. LIN ARIFFIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia