Utusan Borneo (Sarawak)

Penyusuan susu ibu beri manfaat kepada bayi, ibu

- Oleh Jessica Jawing

TAHUKAH anda, jalinan kasih sayang antara seorang ibu dan anak terjalin semasa proses penyusuan susu ibu.

Umum mengetahui bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia kerana mempunyai semua nutrisi untuk menjamin kesihatan anak-anak terutama bagi anak yang dilahirkan pramatang (tidak cukup bulan).

Penyusuan ibu sememangny­a memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada bayi sendiri tetapi kepada si ibu di mana sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya.

Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga enam bulan dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih.

Malahan diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalka­n komposisi dan pengeluara­n susu di samping mengekalka­n kesihatan ibu.

Bagaimanap­un, penyusuan susu ibu yang eksklusif pada masa kini mungkin lebih mencabar terutama kepada ibu-ibu bekerja yang mana kebanyakan daripada mereka terpaksa memilih memberikan susu formula sebagai ganti.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya Profesor Dr Imelda Balchin dalam catatan Facebook dipetik sebagai berkata, semua ibu digalakkan menyusukan anak mereka secara eksklusif untuk enam bulan pertama.

Katanya, eksklusif bermakna hanya memberi susu badan ibu sahaja kepada bayi dan tidak bercampur dengan susu lain, tidak memberi susu kambing, tidak memberi susu formula, tidak memberi bayi air serta makan.

“Tetapi ini hanya saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) jika ibu boleh berbuat demikian kerana tiada kewajipan atau paksaan sekiranya terdapat masalah kesihatan ibu atau ibu yang terpaksa bekerja sebelum bayi berusia enam bulan.

“Apa yang penting ialah bayi sihat dan mendapat nutrisi yang cukup sama ada susu ibu atau tambahan dengan susu formula. WHO memberi saranan menambahka­n dengan penyusuan ibu sehingga dua tahun jika dapat,” katanya.

Dr Imelda dalam catatannya juga menyatakan, bayi tidak perlu lagi susu formula selepas setahun dan boleh digantikan dengan susu lembu segar, maka itu selepas setahun ibu boleh memilih menghentik­an penyusuan badan atau formula jika bayi makan makanan seimbang dengan cukup.

“Namun ramai juga ibu yang sudah mencuba sedaya upaya tetapi ada masalah meneruskan penyusuan badan walaupun telah menerima sokongan dan bantuan. Bagi mereka ini tidak patut berasa kecewa atau bersalah dan masyarakat patut memberi penghargaa­n sama kepada ibu-ibu sama ada menyusu atau tidak,” ujarnya.

Sementara itu bagi seorang ibu yang turut menyusukan anaknya, Junita Junit, 31, berkata dia memilih penyusuan ibu kerana mahukan yang terbaik untuk bayinya.

“Banyak juga mendengar kejayaan mengenai penyusuan ibu dan pada mulanya ia agak sukar kepada saya dan hampir mengalah pada hari kedua.

“Namun saya bersyukur kerana berjaya selepas banyak membaca dan menyertai kumpulan ibuibu dalam media sosial, yang banyak membantu untuk saya terus memberikan susu ibu.

“Paling menariknya juga ia adalah percuma dan tidak memerlukan kos serta kita boleh menyusukan bayi pada bila-bila masa dan di mana juga.

“Saya tidak perlu membawa botol susu, susu tepung,” katanya.

Junita yang juga guru besar Smart Reader berkata sokongan daripada semua pihak turut menggalakk­annya memberi penyusuan ibu seperti bantuan jururawat hospital yang banyak mengajar serta membantu, sokongan rakan dan keluarga serta suami.

Mengenai manfaat penyususua­n susu ibu, katanya, antara yang paling ketara adalah kesihatan bayinya, yang jarang sakit berbanding bayi lain.

Ujarnya, jika sakit sekalipun seperti selesema, batuk atau demam, ia hanya memakan masa selama tiga hari untuk kembali sembuh dan sihat.

“Paling penting adalah jalinan kasih sayang antara ibu dan anak, terutama masa menyusu bayi.

“Sementara kepada saya pula, saya dapat menurunkan berat badan kerana apabila kita memberi penyusuan susu ibu, kita perlu jaga makanan bukan sahaja mengikut kuantiti tetapi makanan sihat demi kesihatan bayi,” katanya.

 ??  ?? TERBAIK: Ibu-ibu yang mengamalka­n penyusuan susu ibu hadir menyokong sambutan Bulan Penyusuan Susu Ibu Peringkat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Sebisak di Kota Samarahan pada Ogos lepas.
TERBAIK: Ibu-ibu yang mengamalka­n penyusuan susu ibu hadir menyokong sambutan Bulan Penyusuan Susu Ibu Peringkat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Sebisak di Kota Samarahan pada Ogos lepas.
 ??  ?? BEGINI CARANYA: Jururawat di KKIA turut melakukan demonstras­i bagi mengajar cara penyusuan susu ibu dengan betul semasa sambutan Bulan Penyusuan Susu Ibu pada Ogos lepas.
BEGINI CARANYA: Jururawat di KKIA turut melakukan demonstras­i bagi mengajar cara penyusuan susu ibu dengan betul semasa sambutan Bulan Penyusuan Susu Ibu pada Ogos lepas.
 ??  ?? BANYAK MANFAAT: Junita bersama bayinya turut memberitah­u penyusuan susu ibu memberi banyak manfaat kesihatan kepada bayi dan dirinya.
BANYAK MANFAAT: Junita bersama bayinya turut memberitah­u penyusuan susu ibu memberi banyak manfaat kesihatan kepada bayi dan dirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia