Utusan Borneo (Sarawak)

PP Cafe saji masakan halal tempatan dan barat lazat

-

MIRI: Bagi mereka mencari masakan lazat namun pada harga berpatutan, sila berkunjung ke PP Cafe terletak di Lot 568 Pelita Commercial Centre di sini (tidak jauh dari Cafe 2020) menyajikan lebih daripada 276 pilihan makanan Malaysia dan Barat.

Menurut pemiliknya, Eric Thian yang juga seorang chef berpengala­man ‘PP’ bermaksud ‘Pizza dan Pasta’. Ditubuhkan pada 2007, restoran itu meraikan ulang tahun ke-10nya.

Pada Mei 2015, PP Cafe mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Oleh itu, pelanggan muslim tidak perlu was-was ketika menjamu selera di situ.

Antara makanan mesti cuba ialah pizza peperoni, nasi keju dengan kerang panggang dan udang, nasi ayam teppanyaki, ‘chicken chop’ dengan spaghetti dan tomyam.

Untuk menu ala carte menyajikan hidangan seperti ikan halia, kari ayam, daging lada hitam, rendang daging lembu, ikan masam manis, ikan nestum, ikan dimasak ala Thai, sayur midin, changkok manis dan banyak lagi.

Anda juga boleh mencuba ‘chicken chop,’ ‘lamb chop’, stik ikan salmon, ‘fish and chips’ dan beberapa pilihan pasta dan pizza.

Sempena perayaan Krismas bakal menjelang, restoran itu memperkena­l ‘Spaghetti Car- bonara With Mussels’ dengan pilihan sama ada ayam, ikan atau udang boleh dinikmati bersama dengan sup ‘Creme Brulee’ atau puding roti.

Selain hidangan itu, pengunjung juga boleh mencuba pilihan minuman manis dan menyegarka­n seperti jus kedondong, jus epal hijau dengan madu, jus oren, jus lobak merah, jus buah-buahan campuran dan lain-lain lagi.

Eric berpengala­man lebih 30 tahun dalam industri penyediaan makanan dan beliau pernah bekerja di berberapa hotel kelas antarabang­sa di Singapura dan Malaysia.

Selain itu, beliau juga bek- erja dalam kapal pelayaran Queen Elizabeth 2 selama lapan tahun dan mengumpulk­an banyak pengetahua­n dalam masakan.

Eric kini menetap di Miri dan beliau mencurahka­n kemahiran memasak dengan membuka sebuah restoran berhawa dingin menyediaka­n suasana santai dan selesa untuk menjamu selera.

PP Cafe dibuka dari jam 9 pagi hingga 9.30 malam setiap hari.

Restoran ini juga menyediaka­n perkhimata­n katering untuk majlis- majlis khas, perkahwina­n dan majlis peribadi. Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan sila hubungi 010-3686936.

 ??  ?? JAMU SELERA: PP Cafe terletak di Pusat Komersil Pelita, Miri.
JAMU SELERA: PP Cafe terletak di Pusat Komersil Pelita, Miri.
 ??  ?? BERPENGALA­MAN: Eric (dua kiri) bersama dengan kakitangan restoranny­a di Miri.
BERPENGALA­MAN: Eric (dua kiri) bersama dengan kakitangan restoranny­a di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia