Utusan Borneo (Sarawak)

87 PKS, syarikat korporat ambil bahagian ketengah pelbagai produk

- Oleh Eric Edward

MIRI: See Hua Marketing Sdn Bhd (SHM) dengan kerjasama Permaisuri Imperial City Mall dan The Imperial Mall akan menganjurk­an Pesta Usahawan Miri edisi ke-16 (Mitraf 16) bermula esok (23 November).

Sebanyak 87 peserta yang terdiri daripada para pengusaha kecil dan sederhana (PKS) sehingga ke syarikatsy­arikat korporat akan mengambil bahagian dalam pesta empat hari ini.

Mereka akan mengetenga­hkan produk-produk seperti barangan elektrik dan elektronik, perabot, aksesori dapur, mesin dan perkakasan, produk pembaikan rumah, produk keselamata­n, hartanah, kenderaan, teknologi maklumat, pendidikan tinggi, pengantin dan perkidmata­n fotografi, produk kecantikan dan pelangsing­an, kraf tangan, minyak wangi, pakaian, makanan dan minuman serta kek dan kuih-muih.

Bagi pelanggan akhbar See Hua Daily, The Borneo Post dan Utusan Borneo; See Hua Group dengan kerjasama Food Land akan memberikan hadiah percuma untuk mereka semasa pesta usahawan empat hari ini bermula jam 11 pagi.

Setiap hari, Food Land akan memberikan sebanyak 100 baucar dalam pelbagai nilai dengan nilai tertinggi RM20.

Di samping itu, See Hua Group juga akan menyampaik­an sejumlah 100 pek ‘hadiah misteri’ setiap hari sepanjang tempoh empat hari. Untuk mendapatka­n hadiahhadi­ah tersebut, para pelanggan mesti menunjukka­n resit langganan tiga bulan terbaharu mereka (dari April hingga Julai 2017) atau resit langganan tahunan.

Sepanjang tempoh empat hari ini, Sekolah Menengah Riam Road akan menganjurk­an pameran pendidikan yang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.

Pada hari pertama ( 23 November), akan diadakan persembaha­n nyanyian anjuran Pusat Perkhidmat­an Warga Emas Miri pada jam 10.30 pagi diikuti dengan pertanding­an fesyen 70-an dari jam 6 petang.

Pada hari Jumaat 24 November, akan diadakan pertunjuka­n nyanyian dan tarian oleh Zhi Yin Singing & Dancing Group dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari. Ini diikuti oleh demonstras­i lukisan badan seni kreatif oleh Maghimage Academy.

Para pelajar dari sekolah Tenby Internatio­nal Miri akan menyerlahk­an bakat muzik mereka dalam acara ‘ Musical Moments’ yang dijadualka­n pada jam 4.30 petang pada hari itu.

Acara kemuncak Mitraf 16 ialah majlis pembukaan rasmi yang disempurna­kan oleh Datuk Bandar Miri Adam Yii akan berlangsun­g pada jam 7 malam. Ini diikuti dengan persembaha­n nyanyian oleh Persatuan Muzik Miri.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada hari Sabtu 25 November, di mana pertanding­an ‘Cosplay’ akan bermula dari jam 11 pagi.

Bagi mereka yang gemar membeli-belah, acara ‘Boulevard Rush’ yang dianjurkan oleh Pasar Raya Boulevard cawangan The Imperial Mall akan bermula jam 2 petang hingga 4.30 petang.

Mereka yang gemar memasak boleh berkunjung ke demonstras­i memasak Krismas oleh Buffalo Cooking Studio atau mengambil bahagian dalam pertanding­an membuat nasi lemak dijadualka­n masing-masing pada jam 5 petang dan 7 petang.

Kemudian pada sebelah malam, para pelawat akan dihiburkan dengan persembaha­n band oleh Galaxy Club Music Miri.

Hari terakhir pameran perdaganga­n (Ahad 26) akan menampilka­n acara pertanding­an mewarna kanak-kanak pada jam 10 pagi dan diikuti dengan pertanding­an bercerita kanak-kanak dari jam 2 petang hingga 4.30 petang.

Pertanding­an ratu cantik ‘Beauty Mama’ khas untuk kaum ibu bakal berlangsun­g pada jam 8.30 malam

Sepanjang pesta usahawan empat hari ini, para pengunjung yang membelanja­kan RM300 bagi tempahan untuk kenderaan bermotor / hartanah atau RM100 di gerai-gerai peserta, walaupun dengan pelbagai resit, boleh mengambil bahagian dalam cabutan bertuah di mana sejumlah 21 hadiah bakal dimenangi.

Ini termasukla­h penyedut asap dapur, telefon pintar Huawei P10, pendingin hawa serta pelbagai peralatan elektrik rumah dan baucar tunai Pasar Raya Boulevard. Para pelanggan hanya perlu mendaftark­an diri di kaunter perkhidmat­an See Hua Marketing untuk mengambil bahagian.

Penaja utama Mitraf 16 ialah United Fusion Sdn Bhd.

Mitraf 16 mendapat sokongan Majlis Bandaraya Miri dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Masuk adalah percuma.

 ??  ?? DIJEMPUT: Pengerusi penganjur bersama Mitraf 16 Irene Ling (ketiga dari kanan) menyampaik­an surat jemputan kepada Datuk Bandar Miri Adam Yii, sambil disaksikan oleh ahli jawatankua­sa penganjur.
DIJEMPUT: Pengerusi penganjur bersama Mitraf 16 Irene Ling (ketiga dari kanan) menyampaik­an surat jemputan kepada Datuk Bandar Miri Adam Yii, sambil disaksikan oleh ahli jawatankua­sa penganjur.
 ??  ?? MESYUARAT: Pengurus pemasaran Permaisuri Imperial City Mall dan The Imperial Mall Eric Jong (duduk, tiga kanan) dan ahli jawatankua­sa Mitraf 16 bergambar bersama sejurus mesyuarat berkenaan pesta usahawan empat hari tersebut.
MESYUARAT: Pengurus pemasaran Permaisuri Imperial City Mall dan The Imperial Mall Eric Jong (duduk, tiga kanan) dan ahli jawatankua­sa Mitraf 16 bergambar bersama sejurus mesyuarat berkenaan pesta usahawan empat hari tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia