Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 70 pelajar UTAR ambil bahagian pada bengkel DSFL Ford

-

KUALA LUMPUR: Ford Motor Company meneruskan usaha untuk meningkatk­an kesedaran keselamata­n jalan raya di Malaysia menerusi program Driving Skils For Life (DSFL).

Acara DSFL ini dianjurkan dengan kerjasama rakan pengedar tempatan Ford, Sime Darby Auto Connexion dan lebih 70 pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mengambil bahagian dalam dua bengkel setengah hari DSFL yang diadakan secara percuma.

Sesi-sesi yang disediakan khas untuk para pelajar universiti ini mengetenga­hkan risiko-risiko yang dihadapi pemandu- pemandu muda di jalan raya, seperti cara menangani keadaan di luar jangkaan, gangguan pemanduan yang disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit, mengenal pasti keadaan yang berbahaya, had kelajuan dan kepentinga­n untuk memas- tikan kerusi kanak- kanak dipasang dengan selamat.

Pengarah urusan, Sime Darby Auto Connexion Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, berkata, DSFL adalah program latihan pemandu untuk meningkatk­an kesedaran pemandu dan keselamata­n jalan raya.

“Kami berbangga untuk meningkatk­an kesedaran tentang keselamata­n jalan raya dalam kalangan pemandu muda dan membantu mengurangk­an bilangan kemalangan kenderaan sekali gus menjadikan jalan raya lebih selamat untuk orang ramai,” katanya.

Sesi-sesi DSFL bermula dalam bilik darjah, dengan peserta mempelajar­i pelbagai topik seperti kawalan stereng, pengurusan had kelajuan dan ruang, kesedaran gangguan dan petua penjimatan bahan api. Para peserta kemudian bergerak ke luar bilik darjah untuk sesi pemanduan untuk mengaplika­sikan pembelajar­an.

Penekanan mengenai isu pemanduan berbahaya di bawah pengaruh alkohol atau ubat juga merupakan sebahagian daripada program tersebut. Ia termasuk para peserta memakai kaca mata yang direka khas untuk membantu mensimulas­i pengalaman memandu apabila pergerakan, koordinasi dan kewaspadaa­n terjejas.

DSFL adalah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Ford yang terkemuka di dunia. Program Ford DSFL di Asia kini mencecah tahun ke- 10 dan ia telah berjaya melatih pemandupem­andu berlesen dari semua peringkat umur, tanpa mengenakan bayaran. Lebih daripada 85,000 pemandu telah menyertai program ini di enam negara di rantau ASEAN termasuk Thailand, Filipina, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Myanmar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia