Utusan Borneo (Sarawak)

Shell Malaysia rai 10 pemenang bertuah Peraduan ‘Menang RM5,000 Hari-Hari’

-

KOTA DAMANSARA: Shell Malaysia baru-baru ini telah meraikan 10 pemenang bertuah Peraduan ‘Menang RM5,000 Hari-Hari’ di Shell Kota Damansara, Selangor.

Peraduan ini dianjurkan secara bersama oleh Shell Malaysia dan BonusKad Loyalty Sdn Bhd (BonusLink) dan terbuka kepada semua warganegar­a dan penduduk tetap Malaysia yang berumur lapan belas tahun dan ke atas yang merupakan Ahli Kad Utama dan Kad Tambahan BonusLink.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, pihaknya sentiasa mengutamak­an pelanggan dalam setiap perkara yang dilakukan dan misi itu adalah mahu mencipta pengalaman hidup yang lebih baik.

“Pertanding­an Menang Hari-Hari RM5,000 adalah satu cara untuk kami memberikan ganjaran kepada pelanggan dan menceriaka­n hujung tahun mereka,”katanya.

Bagi pemenang Mohadzlish­ah Mazli beliau tidak menyangka akan dinobatkan sebagai salah seorang pemenang.

“Bila saya menerima panggilan dari BonusLink, saya seakan-akan tidak percaya dan ini bagaikan bonus buat keluarga saya,” katanya.

Mohadzlish­ah telah memenangi Peraduan Menang RM5,000 Hari-Hari pada 16 Oktober yang lalu sekali gus melayakkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.

PeraduanMe­nangRM5,000 Hari-Hari akan berakhir pada 7 Januari 2018 yang mana seorang pelanggan akan dipilih setiap hari untuk memenangi hadiah wang tunai RM5,000 apabila mereka meleret Kad BonusLink dan mengepam minyak di stesen Shell di seluruh negara.

Pemenang juga akan menerima mata ganjaran BonusLink sebanyak 50,000 sekiranya pelanggan menggunaka­n kad mereka di RakanNiaga­BonusLink lain dalam bulan yang sama.

Selain itu, bermula 20 November hingga 13 Disember ini, para pelanggan yang mengepam minyak minimum RM30 di stesen Shell seluruh negara akan mendapat cop pada setiap resit untuk membolehka­n mereka mendapat harga diskaun di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web www. shell. com. my/ LebihEkstr­a

 ??  ?? KAMI MENANG: Para pemenang bertuah Peraduan ‘Menang RM5,000 Hari-Hari’ Shell bergambar beramai-ramai.
KAMI MENANG: Para pemenang bertuah Peraduan ‘Menang RM5,000 Hari-Hari’ Shell bergambar beramai-ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia