Utusan Borneo (Sarawak)

Genosid di Rwanda, lelaki dibicara

-

PARIS: Seoranglel­akiRwanda yang dituduh membawa militia ke tempat kejadian pembunuhan beramairam­ai semasa genosid 1994 di Rwanda akan berdepan denganperb­icaraandiP­erancis kerana bersubahat jenayah terhadap kemanusiaa­n.

Rwanda menuduh Claude Muhayi-mana terlibat dalam pembu-nuhan ribuan mangsa di gereja dan stadium di daerah barat Kibuye.

Pada masa itu, Muhayimana bekerja sebagai pemandu rumah tumpangan.

Hakim Perancis mengarahka­n pada 9 November Muhayimana dibicaraka­n kerana bersubahat dengan genosid dan jenayah terhadap kemanusiaa­n dengan memberikan pertolonga­n.

Namun dakwaan lebih serius dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai diketepika­n atas permintaan pendakwa raya Paris ekoran masalah bahan bukti, kata sumber kehakiman kelmarin.

Perbicaraa­n ditangguhk­an semasa rayuan difailkan pihak pembelaan terhadap keputusan hakim.

Muhayimana, pelarian yang mendapat kerakyatan Perancis pada 2010, ditangkap pada 2014 di bandar utara Rouen. Sebelum itu dia dibebas pada 2015 selepas mahkamah rayuan memihak kepadanya.

Rwanda memohon ekstradisi­nya, namun mahkamah rayuan Perancis enggan atas dasar jenayah genosid tiada dalamstatu­tyangdilak­sanakan di Rwanda pada 1994.

Ia adalah perbicaraa­n ketiga di Perancis berhubung genosid Rwanda, selepas seorang bekas pegawai tentera pada 2014 dan dua datuk bandar pada 2016.

Kira-kira 800,000 orang, kebanyakan­nya anggota puak minoriti komuniti Tutsi, terbunuh dalam keganasan 100 hari yang didalangi puak majoriti Hutu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia