Utusan Borneo (Sarawak)

Isyarat, bunyi bukan dari San Juan

Argentina terus mencari, keluarga masih berharap semua kru terselamat

-

MAR DEL PLATA: Beberapa pakar memutuskan kelmarin kebarangka­lian bahawa bunyi bising yang dikesan di laut mungkin bukan berasal dari kapal selam Argentina yang hilang dengan 44 kru, dalam berita buruk terkini yang disampaika­n kepada ahli keluarga mereka.

“Kesan bunyi itu mungkin tidak padan dengan kapal selam, sebaliknya mungkin bunyi daripada benda hidup,” menurut jurucakap tentera laut Enrique Balbi.

“Pencarian ARA San Juan diteruskan,” tambah beliau, menjelaska­n bahawa terdapat 14 kapal dan 10 pesawat yang memeriksa kawasan tersebut 24 jam sehari di tengah-tengah kemunculan ribut di Atlantik Selatan yang dijangka reda semalam.

Berita mengenai bunyi yang telah dikesan itu memberikan harapan untuk menemui 44 kru masih hidup di dalam ARA San Juan, hilang selama lima hari di Atlantik Selatan, selepas panggilan kecemasan awal ditolak sebagai bukan berasal daripada kapal selam tersebut.

Argentina masih menghantar kapal dengan alat pengesan dalam laut pelbagai pancaran bagi memeriksa kawasan di mana bunyi tersebut telah dikesan, kira-kira 360 kilometer di luar pantai dalam perairan cetek di hujung benua Argentina yang berada dalam laluan kapal selam itu, menurut Balbi.

Bunyi tersebut kedengaran seperti peralatan diketuk pada bahagian depan kapal selam bagi menarik perhatian anggota penyelamat, lapor CNN, memetik pegawai kanan tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa sudah biasa dengan usaha pencarian antarabang­sa.

Sebuah pesawat Tentera Laut AS P- 8A Poseidon segera diarahkan ke kawasan di mana bunyi itu dikesan dua kapal Argentina.

Pesawat menjatuhka­n boya sonar ke dalam laut bagi merekodkan bunyi.

Satu pencarian pelbagai negara di udara dan laut telah dilakukan dengan bantuan tujuh negara termasuk Brazil, Britain, Chile, AS dan Uruguay.

Pada awal hari tersebut, pihak tentera laut menyatakan kapal selam buatan Jerman berkuasa diesel elektrik kelas TR-1700 itu yang dilancarka­n pada 1983 dilaporkan mengalami masalah mekanikal ketika komunikasi terakhirny­a pada Selasa lepas.

“Kapal tersebut naik ke permukaan laut dan melaporkan satu kerosakan.

“Ia kemudian diminta mengubah laluannya dan pergi Mar del Plata,” menurut Gabriel Galeazzi, ketua pangkalan tentera laut di bandar tersebut, 400 kilometer ke selatan Buenos Aires.

Balbi turut memberitah­u wartawan bahawa analisis menunjukka­n tujuh isyarat yang diterima pangkalan tentera laut sepanjang hujung minggu bukan cubaan panggilan kecemasan daripada telefon satelit kapal selam tersebut.

Pendedahan kelmarin menjejaska­n semangat ahli keluarga kelasi kapal selam tersebut, di mana 100 daripada mereka ditempatka­n di pangkalan tentera laut Mar del Plata ketika menunggu berita mengenai kru .

“Mereka amat harapan, masa terus berlalu dan kebimbanga­n meningkat.

“Penenang terbaik setakat ini adalah maklumat yang tepat,” kata Enrique Stein, anggota unit sokongan psikologi yang ditubuhkan bagi keluarga mangsa.

Andrea Ali, isteri Franco Ali, juruelektr­ik dalam kapal San Juan, menambah: “Kami tidak mengetahui apa-apa. Kamihanyam­enungguden­gan perasaan tidak menentu.” Nasib kapal selam itu membelengg­u negara di mana Presiden Mauricio Macri telah melawat ahli keluarga dan berdoa bersama mereka.

Macri mendengar taklimat mengenai operasi pencarian yang dilakukan semasa kunjungan ke pangkalan tersebut.

Usaha mencari terjejas akibat keadaan cuaca kurang baik, termasuk angin kuat yang membawa ombak setinggi tujuh meter.

Anggota penyelamat memberikan tumpuan kepada kawasan laut linkungan 300 kilometer berdasarka­n kepada bahagian terakhir ketika dihubungi. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? HARAPAN TINGGI: Jorge Villareal bersama isterinya Maria Rosa Belenstro tabah menunggu berita mengenai anak mereka Fernando yang merupakan salah seorang kru ARA San Juan, di luar pangkalan tentera laut di Mar del Plata, pantai selatan Atlantik Buenos...
— Gambar AFP HARAPAN TINGGI: Jorge Villareal bersama isterinya Maria Rosa Belenstro tabah menunggu berita mengenai anak mereka Fernando yang merupakan salah seorang kru ARA San Juan, di luar pangkalan tentera laut di Mar del Plata, pantai selatan Atlantik Buenos...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia