Utusan Borneo (Sarawak)

Maghribi menangisi mangsa rempuhan

-

ESSAOUIRA: Saudara-mara yang berkabung kelmarin mulai mengebumik­an mangsa tragedi rempuhan yang mengorbank­an 15 wanita semasa pengagihan bantuan makanan berhampira­n pekan pelanconga­n terkenal Essaouira di pantai Maghribi.

“Ini adalah satu tragedi,” menurut suami salah seorang mangsa yang menangis selepas mengebumik­annya.

Ratusan wanita berkumpul Ahad lepas di kawasan pasar di kampung Sidi Boulaalam, kira- kira 60 kilometer timur laut Essaouira, untuk mendapatka­n bantuan makanan tahunan anjuran seorang dermawan di wilayah tersebut.

“Tahun ini, ramai sekali hadir, beratus-ratus orang,” kata saksi, seorang doktor yang enggan dikenali.

“Orang bertolak-tolakan, menjatuhka­n penghadang, pihak berkuasa tempatan di tempat kejadian tidak berupaya.

“Walaupun ramai sudah terjatuh, orang lain terus berebut makanan,” kata doktor terbabit sambil menambah, sepuluh cedera dalam tragedi tersebut.

Manar Khouda, guru yang menguruska­n laman Facebook aktivis ‘essaouira en ligne tv’, mendakwa agihan tahunan itu kerapkali mencetuska­n rempuhan.

Katanya, hanya empat pegawai polis yang berkawal semasa acara pengagihan tahun ini.

Saksi memberitah­u orang ramai bertolakan dan menjatuhka­n penghadang ketika berebut sumbangan.

“Sekiranya kamu terjatuh, tamatlah riwayat kamu kerana kamu akan dipijak.

“Tiada sesiapa datang membantu kami, semua menjerit meminta tolong,” seorang mangsa terselamat bercakap dari atas katil hospital.

Pihak berkuasa telah melancarka­n siasatan mengenai tragedi itu yang turut menyebabka­n 10 wanita tercedera.

Di rumah mayat di hospital Essaouira, bau setanggi mengatasi bau busuk mayat yang ditutup dengan selimut.

Doktor forensik Mohamed menyatakan keadaan mayatmayat mangsa amat teruk.

“Mereka patah riuk, dengan lebam besar pada badan mereka,” kata beliau.

Keluarga mangsa yang terbunuh hadir untuk mengenal pasti ahli keluarga mereka ketika ambulans menunggu untuk membawa mayat untuk pengebumia­n.

“Saya hampir-hampir tidak mengenali ibu saya,” menurut Mjid, anak lelaki salah seorang mangsa.

H a b i b a , 5 7 , p u l a telah kehilangan adik perempuann­ya.

“Adik mahu mendapatka­n minyak dan tepung, namun orang terlalu ramai.

“Adik terjatuh lalu dipijak,” katanya lanjut.

Pihak media dan pengguna media sosial mempersala­hkan ke tidak sama rataan wilayah dan sosial di Maghribi atas kematian tersebut, menggelarn­ya sebagai ‘negara dengan dua kelajuan’.

Laman sesawang berita Medias 24 mempersala­hkan kemiskinan atas tragedi itu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Penduduk di sini adalah golongan memerlukan, tiada pertanian, tiada kerja,” menurut Mjid yang berpindah dari Sidi Boulaalam ke ibu negara komersial Casablanca ketika masih muda, meninggalk­an kampung dengan 8,000 penduduk yang cuba membentuk kehidupan sederhana dengan menternak dan jauh daripada infrastruk­tur membangun di bandar-bandar utama.

Lewat kelmarin, lebih 100 berkumpul di dataran di Essaouirau­ntuk menunjukka­n perpaduan mereka dengan mangsa tragedi dan mengecam penghinaan terhadap golongan miskin.

Raja Mohammed VI menyeru kawalan keselamata­n lebih baik ketika bantuan diagihkan kepada golongan yang memerlukan, menurut kementeria­n dalam negeri.

Pegawai wilayah menyatakan persediaan telah dibuat sewajarnya bagi penghantar­an bantuan pada Ahad, namun orang lebih ramai daripada jangkaan.

Khalid Azo ura r, anggota NGO tempatan, mempersala­hkan kekurangan pengurusan.

“Kemiskinan membelengg­u fikiran mereka dan mereka tidak tahu hendak berbaris,” kata beliau.

Satu laporan rasmi pada awal Oktober menghentam kemiskinan tegar di kawasan luar bandar di mana Medias 24 menyatakan Sidi Boulaalam salah satu kampung termiskin di negara itu. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PILU: Azizi El Houari (empat kiri) dan ahli keluargany­a menangisi kematian ibunya Lakbira Essabiry dalam tragedi rempuhan di kampung barat daya Sidi Boulaalam, Essaouira kelmarin.
— Gambar Reuters PILU: Azizi El Houari (empat kiri) dan ahli keluargany­a menangisi kematian ibunya Lakbira Essabiry dalam tragedi rempuhan di kampung barat daya Sidi Boulaalam, Essaouira kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia