Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam ternama China kena dua tahun

-

BEIJING: Mahkamah China menjatuhka­n hukuman terhadap peguam hak asasi manusia terkenal Jiang Tianyong penjara dua tahun kerana menghasut subversif semalam, pemenjaraa­n terbaharu dalam tindakan tegas terhadap pejuang hak asasi dan aktivis.

Jiang, 46, menerima banyak kes berprofail tinggi, termasuk kes pengikut Falun Gong, penunjuk perasaan Tibet dan mangsa skandal susu tepung dicemari racun pada 2008, sebelum digantung tugas pada 2009.

Jiang duduk di dalam mahkamah diapit dua anggota polis ketika hakim menjatuhka­n hukuman dan memaklumka­n dia turut dilucutkan hak politik selama tiga tahun, menurut rakaman video dalam media sosial Mahkamah Perantaraa­n Rakyat Changsha.

Mahkamah menuduh Jiang menghasut subversif terhadap kuasa negara dan mengkhiana­ti kerajaan, dalam apa yang dikecam Amnesty Internatio­nal sebagai satu perbicaraa­n yang memalukan.

“Jiang Tianyong telah lama dipengaruh­i dan dikaitkan dengan kuasa anti- China dan secara perlahan- lahan membentuk idea untuk mengguling­kan sistem politik sedia ada di negara ini,” jelas beliau.

Mahkamah menyatakan dia pergi ke luar negara untuk menjalani latihan tentang cara mencapai sasaran dan melaksanak­an sokongan kewangan daripada kuasa asing anti-China.”

Sejak beberapa tahun sehingga kepada penahanann­ya, Jiang telah beberapa kali menemui pegawai asing dan ahli politik, termasuk pelawat berpangkat tinggi dari Amerika Syarikat (AS) bagi membincang­kan situasi hak asasi manusia di China.

Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi kemiskinan esktrem dan hak asasi manusia Philip Alston, menyatakan beliau bimbang dengan kehilangan Jiang sebelum ini sebagai sebahagian kempen terhadap bantuan peguam kepada pakar PBB.

Keluarga Jiang tidak dapat menghubung­inya sejak kehilangan mengejutny­a pada November lepas dalam perjalanan dari Beijing ke Changsha, di mana dia mahu menyiasat tentang peguam hak asasi manusia yang ditahan Xie Yang.

Xie ditahan dalam ‘serangan 709’ pada Julai 2015 dan mendakwa diseksa ketika dalam tahanan, yang mana telah didedahkan Jiang sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n pihak antarabang­sa.

Pihak berkuasa dalam tindakan itu menahan lebih 200 orang, termasuk beberapa peguam yang mengambil kes hak sivil yang dianggap sensitif oleh pemerintah Parti Komunis.

Penyelidik China untuk Amnesty Internatio­nal William Nee menyatakan hukuman yang agak kejam dikhuatiri menakutkan rakan peguam Jiang yang memperjuan­gkan hak asasi manusia.

 ?? — Gambar AFP ?? JIWA TEGAR: Gambar serahan rakaman video mahkamah pada 22 Ogos lalu menunjukka­n Jiang (tengah) tampil di Mahkamah Perantaraa­n Rakyat Changsha di wilayah tengah Hunan.
— Gambar AFP JIWA TEGAR: Gambar serahan rakaman video mahkamah pada 22 Ogos lalu menunjukka­n Jiang (tengah) tampil di Mahkamah Perantaraa­n Rakyat Changsha di wilayah tengah Hunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia