Utusan Borneo (Sarawak)

Thailand buru 20 lelaki Uygur

Lima berjaya ditangkap setelah bolos dari pusat tahanan imigresen

-

BANGKOK: Pemburuan dilancarka­n semalam untuk 20 penduduk etnik Uygur dari China yang melakukan tindakan berani melarikan diri dari pusat tahanan imigresen di selatan Thailand, di mana pihak polis mengesyaki mereka akan cuba menyeberan­gi sempadan ke Malaysia.

Pihak polis menyatakan sekumpulan 25 lelaki Uygur melepaskan diri melalui dua lubang kecil pada dinding pusat tersebut di Sadao, berhampira­n sempadan paling selatan, menggunaka­n selimut untuk memanjat keluar ketika hujan lebat menyembuny­ikan tindakan meloloskan diri mereka.

Kumpulan tersebut ditahan sejak 2014 di sebalik dakwaan mereka sebagai rakyat Turki.

Turki berkongsi hubungan etnik dengan Uygur dan menerima mereka yang melarikan diri dari China di mana penduduk minoriti Islam itu ditindas dan pergerakan mereka dikawal ketat.

Lima daripada mereka bagaimanap­un telah ditangkap sejurus bolos awal pagi kelmarin, menurut Polis Imigresen Thai.

“Dua puluh suspek masih dalam buruan namun mereka tidak mempunyai makanan dan tidak boleh berhubung dengan penduduk kampung,” kata jurucakap Polis Imigresen Cherngron Rimpadee.

“Mereka mungkin menyasari ke Malaysia.

“Kami percaya mereka akan ditangkap tidak lama lagi,” kata beliau, sambil menambah rondaan sempadan telah dipertingk­atkan.

Enam pegawai imigresen Thai telah dipindahka­n sementara kejadian tersebut disiasat.

Pada Julai 2015, lebih 100 penduduk Uygur yang pada mulanya ditahan bersama kumpulan tahanan yang melarikan diri, telah diserahkan kepada pihak berkuasa China dan dihantar pulang tanpa kerelaan mereka.

Sebulan kemudian satu kebakaran teruk di kuil luar bandar Bangkok telah mengorbank­an pelancong etnik China.

Dua l elaki Uygur dihadapkan dalam perbicaraa­n atas pengeboman tersebut, menimbulka­n spekulasi mengenai serangan tersebut sebagai tindakan balas dendam bagi penghantar­an pulang secara paksaan.

Penduduk Uygur sering mendakwa kerakyatan Turki bagi mengelak dihantar pulang ke China.

Thailand tidak memberikan perlindung­an suaka kepada pelarian namun menyatakan penduduk Uygurberad­adalam tahanan sehingga kerakyatan mereka disahkan.

Polis Imigresen Thai menyatakan 61 penduduk Uygur masih dalam tahanan di seluruh negara.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BOLOS: Lubang berbentuk segi empat pada dinding pusat tahanan imigresen ini membolehka­n kumpulan lelaki itu bolos dekat sempadan Thailand-Malaysia di Hatyai kelmarin.
— Gambar Reuters BOLOS: Lubang berbentuk segi empat pada dinding pusat tahanan imigresen ini membolehka­n kumpulan lelaki itu bolos dekat sempadan Thailand-Malaysia di Hatyai kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia