Utusan Borneo (Sarawak)

ANAK SARAWAK SELAMAT DARIPADA TALI GANTUNG

-

PUTRAJAYA: Seorang anak Sarawak yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh, terselamat daripada tali gantung semalam apabila Mahkamah Persekutua­n menjatuhi hukuman penjara 20 tahun bagi pertuduhan yang diringanka­n kepada mengakibat­kan kematian.

Panel lima hakim dipengerus­ikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum memerintah­kan Paul Lagang Malit supaya menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 16 Ogos 2013.

Ketika mengetepik­an sabitan kes bunuh dan hukuman mati, Hakim Malanjum berkata sabitan ke atas Paul kerana membunuh adalah tidak kukuh berikutan cara perbicaraa­n dikendalik­an oleh hakim perbicaraa­n.

Beliau berkata melihat kepada keseluruha­n keterangan yang dikemukaka­n dan demi keadilan, mahkamah menggantik­an pertuduhan terhadap Paul kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Tiga hakim Mahkamah Persekutua­n iaitu Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Azahar Mohamed, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha turut bersidang dalam panel itu.

Dalam prosiding itu, Hakim Tan berkata hakim perbicaraa­n turut bertanya soalan kepada saksi pendakwaan ketika pemeriksaa­n utama perbicaraa­n itu.

Paul, 30, seorang kontraktor, didakwa mengakibat­kan kematian Morris Asang Yahya, 22, yang mempunyai pertalian dengannya, di Taman Perindustr­ian Puchong Utama, Bukit Puchong, Selangor pada 13 Ogos 2013.

Pada mulanya dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh dan dijatuhi hukuman mati. Mahkamah Rayuan mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi, menyebabka­n dia mengemukak­an rayuan ke Mahkamah Persekutua­n.

Peguam Gobind Singh Deo mewakili Paul berhujah bahawa dapatan hakim perbicaraa­n bagi kes pembunuhan itu yang bergantung kepada keterangan saksi Robin Bapi adalah tidak kukuh.

Beliau berkata keterangan penting saksi yang memberi keterangan berhubung insiden itu tidak dapat difahami.

Katanya meskipun terdapat pengawasan oleh hakim perbicaraa­n, tiada jurubahasa mahkamah untuk membantu saksi yang merupakan penutur jati bahasa Kenyah.

Beliau berhujah hak anak guamnya untuk mendapatka­n perbicaraa­n yang adil telah dilanggari.

Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai memohon mahkamah supaya menjatuhi hukuman penjara antara 20 dan 25 tahun terhadap Paul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia