Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita akui simpan mayat empat bayi

-

TOKYO: Seorang ibu membuang empat bayinya ke dalam bekas berisi konkrit yang kemudian disimpan dalam pangsapuri­nya selama dua dekad telah ditangkap di Jepun semalam.

Mayumi Saito, 53, memberitah­u penyiasat dia telah melahirkan anaknya antara 1992 dan 1997, menurut jurucakap polis.

Saito menyerah diri di balai polis Osaka kelmarin dan membuat pengakuan tersebut, menyatakan masalah kewanganny­a yang terdesak membuatkan dia berasa mustahil dapat menyara anak-anaknya, lapor media tempatan.

Beberapa detektif yang memeriksa rumahnya telah menemui empat baldi berisi konkrit di dalam almari.

Imbasan menunjukka­n setiap satu baldi itu mengandung­i mayat seorang bayi, lapor Asahi Shimbun.

Pihak polis masih menyoal siasat wanita itu, yang tinggal bersama anak lelakinya, dan cuba menentukan sama ada dia membunuh bayi tersebut atau mereka mati ketika lahir, menurut laporan.

“Saya tidak memikirkan saya mampu membesarka­n mereka. Tiada sesiapa untuk dibawa berbincang,” katanya kepada NHK.

Punca Saito akhirnya menyerah diri bagaimanap­un tidak diketahui, menurut media tempatan.

Tiga minggu lalu, Takahiro Shiraishi, 27, yang digelar sebagai ‘pembunuh Twitter’ ditahan setelah mengakui membunuh dan memotong mayat sembilan orang yang ditemuinya menerusi media sosial dalam pangsapuri­nya di pinggir Tokyo, yang dipenuhi keratan mayat mangsanya yang mereput.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia