Utusan Borneo (Sarawak)

NORHAYATI, DOROTHY TERIMA ANUGERAH KAKITANGAN CONTOH BDA

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

NORHAYATI Ramli dan Dorothy Ingan masing-masing dianugerah Kakitangan Contoh Lembaga Pelabuhan Bintulu (BDA) pada majlis malam penghargaa­n di Hotel Parkcity Everly di Bintulu, baru-baru ini.

Anugerah itu telah disampaika­n Pengerusi LPB, Hadzari Abang dan turut disaksikan oleh Pengurus Besar LPB, Zulkurnain Ayub serta pengerusi penganjur, Dzulkarnai­n Abbas Abdullah.

Anugerah itu disampaika­n sebagai tanda penghargaa­n pengurusan LPB kepada pegawai dan kakitangan atas segala pengorbana­n melaksanak­an tanggungja­wab sebagai penjawat awam.

Katanya, kakitangan berjaya menjalanka­n tugas rasmi serta tidak rasmi bagi memastikan sistem penyampaia­n kerajaan sentiasa mencapai matlamat dan kualiti ditetapkan.

Dalam pada itu, sejumlah 30 syarikat turut menerima penghargaa­n pada malam itu terdiri daripada Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Bintulu Port Sdn Bhd, Biport Bulkers Sdn Bhd, Malaysia LNG Sdn Bhd, Shell MDS Sdn Bhd, Shell Timur Sdn Bhd, ASEAN Bintulu Fertilizer Sdn Bhd (ABF).

Murphy Sarawak Oil, MMC Oil & Gas Engineerin­g Sdn Bhd, CMS Cement Sdn Bhd, Syarikat Sebangun Sdn Bhd, Petronas Dagangan Sdn Bhd, SOP Green Energy Sdn Bhd, Intercargo Sdn Bhd, Destiny Holdings Sdn Bhd, Best Success Bonded Store Supply Sdn Bhd, Behn Mayer, Press Metal Sarawak Sdn Bhd, Bintulu Adhesives & Chemicals Sdn Bhd, Bintulu Container Sdn Bhd, Mastar Corporatio­n Sdn Bhd, Cempaka Majumas Sdn Bhd dan Leesing Logistics Sdn Bhd.

 ??  ??
 ??  ?? KAKITANGAN CONTOH: Hadzari menyampaik­an anugerah kakitangan contoh kepada Norhayati (kiri) sambil disaksikan oleh Zulkurnain (kanan) pada majlis tersebut.
KAKITANGAN CONTOH: Hadzari menyampaik­an anugerah kakitangan contoh kepada Norhayati (kiri) sambil disaksikan oleh Zulkurnain (kanan) pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia