Utusan Borneo (Sarawak)

Uji bakat ‘Lawak Solo Duo Trio’ di Plaza Sentral Shah Alam, 24 - 26 Nov ini

-

SALURAN komedi tanah air, Astro Warna, membawakan sebuah program realiti lawak terbaharu, ‘Lawak Solo Duo Trio’ yang akan mula bersiaran di kaca televisyen penonton pada Januari 2018.

Selari dengan nama program, Lawak Solo Duo Trio ini bermatlama­t untuk menjadi platform baru dalam mencungkil, mengasah dan mengangkat bakat komedi peserta solo, duo mahupun trio ke dalam industri seni tanah air.

Misi pencarian bakat komedi yang diketuai oleh pelawak solo popular, Douglas Lim selaku juri ini membuka peluang kepada semua warganegar­a Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei yang berumur 18 tahun ke atas dan jumlah peserta haruslah tidak melebihi tiga orang dalam satu kumpulan.

Menariknya, peserta uji bakat diberi sepenuh kebebasan untuk membuat persembaha­n komedi baik daripada segi kandungan mahupun cara penyampaia­n, untuk tempoh masa sekurangku­rangnya tiga minit.

Bagi memudahkan misi pencarian ini, sesi uji bakat dijalankan di dua platform utama iaitu menerusi sesi uji bakat terbuka dan sesi uji bakat secara atas talian.

Bagi sesi uji bakat terbuka, mereka yang berminat dialu-alukan hadir ke Plaza Sentral Shah Alam pada 24 hingga 26 November ini, bermula jam 8.30 pagi bersama-sama salinan kad pengenalan atau passport serta sekeping gambar berukuran passport.

Manakala, bagi sesi uji bakat secara atas talian pula, peserta uji bakat perlu memuat naik video sketsa komedi mereka berdurasi satu minit di laman Instagram beserta tanda pagar #LawakSoloD­uoTrio dan @zonlawak.

Peserta juga mesti mematikan tetapan privasi akaun Instagram mereka semasa tempoh peraduan supaya pihak Astro Warna boleh melihat penyertaan yang dihantar.

Beberapa buah video sketsa lawak terbaik akan disenarai pendek dan peserta terpilih harus hadir ke sesi uji bakat terbuka di Plaza Sentral Shah Alam untuk dinilai di hadapan juri.

Istimewany­a, mereka yang terpilih menerusi sesi uji bakat atas talian diberi kelebihan mendapat laluan pantas untuk diuji bakat terlebih dahulu berbanding peserta uji bakat yang lain.

Tarikh akhir untuk memuat naik video sketsa lawak masing-masing yang dibuka bermula 19 November lepas adalah pada hari ini, Khamis bersamaan dengan 23 November 2017.

Diinspiras­ikan daripada kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh barisan program

lawak terbitan Astro Warna sebelum ini seperti Raja Lawak, Maharaja Lawak Mega dan Super Spontan, Lawak Solo Duo Trio berhasrat meneruskan kesinambun­gan kejayaan program-program tersebut yang telah berjaya melahirkan ramai pelawak tanah air seperti Nabil Ahmad, Zizan Razak, Johan ERA, Tauke Jambu, Jihan Muse, kumpulan Bocey, Shiro, Puteh dan ramai lagi, dengan memperkena­lkan format pertanding­an yang berbeza.

Pastinya, program ini merupakan medan terbaik buat mereka yang berbakat besar dalam menyampaik­an persembaha­n lawak untuk menonjolka­n bakat masing-masing se- terusnya menjadi pelapis kepada barisan pelawak sedia ada.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk menyerlahk­an bakat lawak terpendam, seterusnya menjadi antara barisan peserta program Lawak Solo Duo Trio musim pertama, dan berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

 ??  ??
 ??  ?? KEMBALI: Poster program realiti lawak terbaharu, ‘Lawak Solo Duo Trio’ yang akan mengadakan uji bakat secara terbuka di Plaza Sentral Shah Alam pada hujung minggu ini.
KEMBALI: Poster program realiti lawak terbaharu, ‘Lawak Solo Duo Trio’ yang akan mengadakan uji bakat secara terbuka di Plaza Sentral Shah Alam pada hujung minggu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia