Utusan Borneo (Sarawak)

Video askar belot nyata dramatik

Trauma, mangsa juga hidap parasit usus

-

SEOUL: Rakaman dramatik tindakan pembelotan seorang askar Korea Utara yang didedahkan semalam menunjukka­n mangsa berlari merentasi sempadan ketika bekas rakan sepasukann­ya melepaskan tembakan bertubi- tubi, sebelum diselamatk­an askar Korea Selatan.

Rakaman turut menunjukka­n seorang pengawal sempadan Korea Utara merentasi seketika sempadan sebelum berundur, insiden yang dinyatakan United Nations Command ( UNC) diketuai Amerika Syarikat ( AS) sebagai pelanggara­n serius gencatan senjata 1953 yang menamatkan ketegangan Perang Korea.

Pembelot itu terkena sekurang-kurangnya empat das tembakan semasa melarikan diri di kampung perjanjian Panmunjom pada 13 November, dan sedang beransur pulih di sebuah hospital Korea Selatan.

Masih jarang pasukan tentera Utara untuk membelot di Panmunjom, satu tarikan pelanconga­n utama dan satusatuny­a bahagian di sempadan di mana pasukan tentera dari kedua-dua pihak telah hadir secara bersemuka.

Video yang dikeluarka­n UNC bermula dengan kenderaan pembelot dipandu laju di sepanjang jalan raya lengang ke kampung perjanjian sebelum berhenti berhampira­n sempadan yang dikawal ketat.

Dia kemudian telah keluar dari jip dan berlari, dikejar oleh anggota tentera Korea Utara dengan senjata mereka diacukan dan menembak.

Rakaman itu kemudian menunjukka­n lelaki yang tercedera teruk telah ditarik ke kawasan selamat oleh dua anggota tentera Korea Selatan yang merangkap untuk menghampir­inya hanya di selatan garisan pemisah.

Jurucakap UN Command Kolonel Chad Carroll memberitah­u wartawan bahawa salah seorang dari pengawal sempadan telah berlari melintasi garisan larangan senjata tentera selama beberapa saat sebelum pulang semula ke bahagian utara.

Satu siasatan mendapati bahawa tentera Korea Utara telah melanggar gencatan senjata 1953 apabila menembak dengan senjata merentasi garisan larangan dan dengan melintasin­ya.

Kelmarin AS mendedahka­n sekatan baharu menyasarka­n Perkapalan Korea Utara dan pedagang China berurusan dengan Pyongyang, sekali lagi menimbulka­n tekanan terhadap negara pariah agar melucutkan program nuklearnya.

Presiden Donald Trump menyatakan pada minggu ini bahawa sekatan adalah yang pertama dalam satu siri tindakan sepanjang dua minggu akan datang yang akan menguatkua­sakan kempen tekanan maksimumny­a terhadap rejim Kim JongUn.

Doktor yang membedah pembelot tersebut di sebuah hospital di selatan Seoul menyatakan semalam beliau telah mulai sedar namun kelihatan murung dan akan berada di unit rawatan rapi selama beberapa hari lagi.

“Ketika pesakit menunjukka­n tanda- tanda kemurungan disebabkan oleh tekanan psikologi yang tegang selepas dua pusingan pembedahan besar, beliau akan menjalani ujian bagi masalah stres pasca traumatik,” Lee Cook-Jong memberitah­u wartawan.

“Ia adalah tidak mungkin pesakit akan membuka matanya dan berjalan keluar dari hospital selepas pembedahan seperti mana anda lihat di dalam wayang,” jelas beliau.

Bagaimanap­un, Lee menyatakan beliau telah mampu melakukan perbualan dengan lelaki Korea Utara yang memberitah­u beliau dia membelot ke Selatan di atas keinginan beliau sendiri.

“Sebab kenapa beliau membelot, berdepan risiko maut dan berdepan dengan serangan dan tembakan, adalah kerana beliau mempunyai harapan positif mengenai Korea Selatan,” kata beliau lagi.

Pembelot itu juga didapati menghidap parasit dalam usus, kesan kekurangan kebersihan makanan di negara miskin Utara.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DRAMATIK: Kombinasi gambar yang diambil daripada gambar pegun video UNC semalam menunjukka­n seorang askar Korea Utara berpaling tadah kepada Korea Selatan pada 13 November lalu di kampung perjanjian Panmunjom setelah memandu laju jip tentera ke arah...
— Gambar Reuters DRAMATIK: Kombinasi gambar yang diambil daripada gambar pegun video UNC semalam menunjukka­n seorang askar Korea Utara berpaling tadah kepada Korea Selatan pada 13 November lalu di kampung perjanjian Panmunjom setelah memandu laju jip tentera ke arah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia