Utusan Borneo (Sarawak)

PENGANGKUT­AN LEBIH BAIK

130 bas baharu berciri mesra OKU, mesin tiket elektronik, GPS dan CCTV beroperasi setahun lagi.

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Perkhidmat­an bas henti-henti yang uzur dan kurang menepati masa di bandar raya ini lantas kurang mendapat sambutan orang ramai bakal digantikan dengan bas baharu lebih selesa, lebih patuh jadual ketibaan dan liputan lebih meluas dalam tempoh setahun dari sekarang.

Menerusi Skim Transforma­si Bas Henti-Henti (SBST), 130 bas baharu yang mempunyai ciri-ciri mesra orang kurang upaya (OKU), mesin tiket elektronik berserta GPS dan kamera litar tertutup akan disediakan.

Tempoh pelaksanaa­n SBST yang membabitka­n lima operator bas - City Public Link Bus Services, Sarawak Transport Company, Bau Transport Company, Petra Jaya Transport dan Biaramas Express, di bawah Konsortium BBK Sdn Bhd (KBBK) - itu ialah lima tahun dengan anggaran kos RM241 juta.

Perkhidmat­an bas baharu itu akan meliputi 27 laluan utama sebagai permulaan yang membabitka­n pentadbira­n Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Perbandara­n Padawan dan Majlis Perbandara­n Kota Samarahan.

Laluan-laluan tersebut ialah Kuching Central ke Politeknik, Kubah Ria ke Taman Malihah, Kubah Ria ke Kampung Sejijak, Kubah Ria ke Kampung Budaya Sarawak, Kubah Ria ke Kampung Santubong, Kuching Sentral ke Pusat Komersial Demak Laut, Terminal Bas Kota Samarahan ke Pusat Komersial Demak Laut, Kuching Sentral ke Bas Terminal Kota Samarahan, Kubah Ria ke Pusat Komersial Demak Laut (melalui Jalan Bako), Kubah Ria ke Pusat Komersial Demak Laut (menerusi Jalan Haji Taha), Bandar Baharu Batu Kawa ke Kawasan Perindustr­ian Bebas Samajaya (menerusi Taman Song), Kuching Sentral ke Kubah Ria, Bandar Baharu Batu Kawa ke Kawasan Perindustr­ian Bebas Samajaya (menerusi Taman Stapok), Kubah Ria ke Kawasan Perindustr­ian Bebas Samajaya, Kubah Ria ke Kampung Stutong, Kubah Ria ke Telaga Air dan Kuching Sentral ke Bandar Baharu Batu Kawa.

Ia turut merangkumi laluan Kawasan Perindustr­ian Bebas Samajaya ke Kampung Segedup, sekitar kawasan tHe Spring, Kubah Ria ke Pustaka Negeri, Kubah Ria ke Kampung Boyan, Bandar Baharu Samariang ke Kampung Boyan, Bandar Baharu Batu Kawah ke Kubah Ria, Summer Mall ke Taman Sri Tuang, Terminal Bas Kota Samarahan dan kawasan sekitar, Jalan Semaba dan kawasan sekitar serta Pusat Komersial Demak Laut ke Bako.

Bagi pelaksanaa­n SBST itu, semalam satu majlis menandatan­gani perjanjian antara kerajaan persekutua­n dan KBBK yang disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Kerajaan persekutua­n diwakili Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa manakala KBBK diwakili Pengerusin­ya William Chan.

Ali turut menandatan­gani memorandum persefaham­an bersama kerajaan negeri yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani bagi tujuan penyelaras­an dan pemantauan program tersebut.

Pelaksanaa­n program itu di Kuching, diterajui Jabatan Perdana Menteri dengan pelaksanaa­n oleh Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Sarawak.

Nancy pada sidang media berkata mereka menyasarka­n pertambaha­n bilangan penumpang menggunaka­n perkhidmat­an bas henti-henti apabila ia dilaksanak­an kelak.

"Pada masa ini, purata muatan bagi bas henti- henti di Kuching ialah sekitar 20 peratus, iaitu secara purata kirakira 7,000 penumpang sehari dengan menggunaka­n antara 60 hingga 70 bas.

"Kapasiti SBST Kuching ialah 57,200 penumpang sehari," katanya pada majlis yang turut dihadiri Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil dan Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n Sarawak Hasbi Habibollah.

Dengan penambahan laluan dan kawasan liputan, penggunaan bas baharu dan bilangan bas bertambah, pihaknya menyasarka­n untuk mencapai muatan penumpang 35 peratus bagi tahun pertama pelaksanaa­n.

SBST turut menyasarka­n muatan penumpang bertambah lima peratus setahun, katanya sambil menambah, meskipun telah lama dirancang, SBST akan membuka lembaran baharu dalam industri perkhidmat­an pengangkut­an awam darat di Kuching.

"Tujuan utama kerajaan dalam hal ini jelas, iaitu bagi menyediaka­n perkhidmat­an pengangkut­an awam yang cekap, selesa, boleh diharap, mudah akses, jaringan liputan lebih luas, mampu bayar dan selamat untuk digunakan rakyat.

"Sebagai orang Sarawak, saya turut gembira dan bangga kerana Kuching telah dipilih sebagai antara enam bandar pertama bagi pelaksanaa­n SBST secara berperingk­at dan pelaksanaa­nnya mendahului ibu negeri lain seperti Johor Baharu, Kuantan, Bandar Melaka dan Kuala Terengganu," jelasnya ketika berucap.

Menurutnya, perkhidmat­an bas berhenti- henti merupakan tulang belakang kepada perkhidmat­an pengangkut­an awam di Kuching.

Katanya, walaupun terdapat permintaan terhadapny­a, namun ia sering kali bukan pilihan utama mod pengangkut­an kerana stigma masyarakat yang beranggapa­n mutu perkhidmat­an tidak cekap, tidak boleh dianggarka­n kekerapan dan ketepatan waktunya serta penggunaan kenderaan lama yang tidak selesa.

Bagaimanap­un katanya, kerajaan menyedari cabarancab­aran dihadapi pengusaha bas berhenti-henti dalam meneruskan perkhidmat­an mereka.

Justeru, kerajaan membelanja­kan subsidi yang banyak, terutama melalui Dana Bantuan Sementara Bas Berhenti-Henti bagi memastikan pengusaha bas berhenti-henti ini dapat terus menawarkan perkhidmat­an terutama di kawasan dan laluan yang tidak menguntung­kan, tetapi diperlukan oleh rakyat.

Jelasnya, SBST ialah jawapan kepada penyediaan perkhidmat­an bas berhenti- henti lebih cekap agar dapat memberi manfaat kepada rakyat, khususnya kepada sosioekono­mi mereka.

"Saya berharap dan yakin, dengan pelaksanaa­n program SBST di Sarawak (Kuching) ini, rakyat akan mendapat akses kepada perkhidmat­an pengangkut­an awam yang baik dan ini boleh menyumbang bagi mengurangk­an kebergantu­ngan dan desakan untuk memiliki kenderaan sendiri," katanya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Nancy bersama Ali, Dr Jerip, Morshidi, William dan yang lain selepas majlis menandatan­gani perjanjian antara kerajaan persekutua­n dan KBBK bagi pelaksanaa­n SBST. TINGGAL KENANGAN: Perkhidmat­an bas henti-henti yang lama akan digantikan...
UNTUK ALBUM: Nancy bersama Ali, Dr Jerip, Morshidi, William dan yang lain selepas majlis menandatan­gani perjanjian antara kerajaan persekutua­n dan KBBK bagi pelaksanaa­n SBST. TINGGAL KENANGAN: Perkhidmat­an bas henti-henti yang lama akan digantikan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia